Tamat sahaja melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi, antara bebanan terawal yang harus difikirkan oleh graduan ialah hutang pinjaman pendidikan. Pinjaman tersebut harus diselesaikan sama ada secara keseluruhan atau ansuran bulanan. Kegagalan untuk membayar pinjaman ini menyebabkan nama peminjam mendapat ‘score’ yang teruk oleh Bank Negara Malaysia sekaligus menyukarkan urusan jual beli pada masa akan datang.
Ramai yang tidak tahu bahawa pinjaman pendidikan seperti PTPTN boleh dibayar melalui akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Menerusi Twitter Cik Yaya, dia menerangkan sedikit tips untuk membayar pinjaman pelajaran PTPTN melalui menggunakan akaun dua KWSP.
Kurangkan beban bayar PTPTN
Langkah pertama daftar i-akaun
Semak penyata
Buat permohonan baru
Periksa jumlah yang layak
Proses permohonan kurang seminggu
Cap jari diperlukan
Boleh buat permohonan lebih dari sekali
Sumber: Cik Yaya