Berbanding dengan rutin asas penjagaan kulit seperti pencuci muka, toner, dan pelembap, penggunaan masker juga memainkan peranan penting bagi memastikan kulit wajah kekal sihat dan terjaga.

Artikel Berkaitan: Suami Jarang Ambil Gambar & ‘Post’ Tentang Keluarga? Jangan Cepat Terasa, Ini Sebabnya

Artikel Berkaitan: Khasiat Peria Katak Untuk Kesihatan & Kawalan Gula Dalam Darah

Kecilkan pori

Langkah tambahan ini dapat memberi lebih nutrisi dan rangsangan pada kulit iaitu sesuatu yang tidak dapat ditawarkan oleh produk harian biasa.

Antara kombinasi masker yang kian popular ialah campuran tomato dan tepung beras. Ramuan semula jadi ini dipercayai membantu mencerahkan kulit serta mengecilkan pori dengan lebih efektif.

Masker campuran buah tomato dan tepung beras ini dikenali kerana gabungan khasiatnya yang menyeluruh untuk kulit.

Tomato kaya dengan vitamin A, C dan antioksidan yang memberi khasiat kepada kulit. Sifat astringennya membantu mengecilkan pori, mengurangkan jerawat, memudarkan jeragat serta bintik gelap, sekaligus menjadikan tona kulit lebih sekata, halus dan berseri.

Selain itu, tomato juga melembapkan kulit dan turut memberi nutrisi untuk rambut lebih kuat dan sihat.

Manakala, tepung beras pula berfungsi sebagai agen pencerah semula jadi yang membantu mengurangkan kusam serta menjadikan tona kulit lebih cerah dan berseri.

Dalam masa yang sama, ia turut membantu mengawal lebihan minyak sekaligus menjadikannya pilihan sesuai untuk kulit berminyak.

Butiran halusnya juga bertindak sebagai scrub lembut yang menanggalkan sel kulit mati dan membantu memperbaiki tekstur kulit agar lebih sekata, licin dan segar.

Sumber: Hijabista