berita

Cara Mudah Nak Buat Aiskrim Milo Sebijik Macam Beli Dekat Kedai!

August 16th, 2019 | by Azizi Rahman
MyResipi

Sebut sahaja milo pasti ramai peminatnya yang tersendiri. Ada yang minat minuman milo dalam tin, ada yang minat dalam kotak, ada suka milo 3 dalam 1 dan yang paling ramai peminat semestinya air milo yang fresh dari lori macam zaman sekolah dulu.

Tahu tak korang yang milo bukan sahaja boleh dibuat jadikan minuman, malah korang juga boleh gunakan milo paket 3 dalam 1 untuk dijadikan aiskrim. Menerusi ABK Chocolate, cara-caranya sangatlah mudah dan hasilnya sungguh menyelerakan. Tak percaya? Korang boleh cuba sendiri kat rumah.

Aiskrim milo

Langkah pertama, sediakan 5 paket milo 3 dalam 1 untuk dijadi aiskrim. Gunting di bahagian hujung paket secara kemas supaya bekasnya boleh dijadikan bekas acuan aiskrimnya nanti.

Cara-caranya

Kemudian, campurkan 100ml susu pekat ke dalam susu manis yang disediakan tadi dan masukkan sekali 5 paket milo  3 dalam 1. Kacau sehingga adunan menjadi serata. Pastikan semua bahan-bahan tadi larut dengan cantik.

Selepas itu, masukkan adunan tadi ke dalam bekas paket milo yang disimpan tadi. Tuangkan secara perlahan-lahan sehingga penuh bekasnya.

Tinggalkan semalaman dalam peti sejuk

Letakkan batang aiskrim ke dalam bekas yang telah penuh dengan adunan tersebut. Kemudian letakkan dalam peti sejuk bahagian sejuk beku dan tinggalkannya semalaman.

Hias aiskrim dengan coklat cair

Akhirnya siap aiskrim milo yang sungguh lazat. Mudah bukan? Lepastu, korang boleh la hias aiskrim korang dengan coklat cair untuk nampak lebih menarik.

Sumber: ABK Choclate

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Jangan salah laku, nanti tumpang malu.