berita

Cara Mudah Nak Lajukan Semula Kipas Siling Yang Slow, Ada 1 ‘Benda’ Ini Kena Tukar

February 7th, 2019 | by Ai
Make-It-Senang

Stresnya bila kipas siling rumah berpusing slow macam ‘angin sepoi-sepoi bahasa’ kan? Orang kata kipas pusing perlahan ini sebab banyak habuk yang melekat. Tapi, bila dah bersihkan, tak laju juga pusingnya. Nak ganti, rasanya tak sampai setahun guna kipas ini. Sebenarnya, tak perlu tukar kipas, tukar kapasitor saja!

Tak tahu nak tukar macam mana? Ini step by step yang dikongsikan oleh Ilham Dekorasi cara nak tukar kapasitor untuk kipas standard yang boleh anda ikuti.

Cara mudah nak tukar kapasitor kipas

Kebiasaannya bila kipas lama, letak speed 5 pusing macam angin sepoi2 bahasa aje..

Rupanya tak perlu tukar kipas, tukar capacitor sahaja! Capacitor ni macam hos, kalau tak elok, air akan leleh je keluar. Tapi kalau bagus, air memancut keluar, arus padat.

1. Buka housing kipas (ada 1 screw di bahagian atas)

2. Tanggalkan kapasitor lama

3. Potong wayar kapasitor yang bersambung dengan earth dan supply

Kapasitor tidak mempunyai kutub, bole sambung mana-mana hujung kemudiannya nanti.

4. Gantikan kapasitor yang baru, sambungkan semula wayar earth dan wayar supply

5. Tertib.

Pasangkan semula semua screw termasuklah housing kipas. Siap! Kipas anda akan berpusing lajuuuu..

Apa itu kapasitor?

Bagi anda yang tak tahu, kapasitor (Capacitor) merupakan komponan elektronik yang dapat menyimpan dan melepaskan muatan elektrik atau tenaga elektrik dalam tempoh masa sementara dengan unit kapasitansinya adalah Micro Farad (µF).

Nilai kapasitor akan berkurang atau lemah disebabkan usia kipas itu dengan jumlah penggunaan yang maksimun dan terus menerus. Sebab itulah kipas rumah anda kelajuannya semakin berkurang. Jika anda lihat kipas siling dah mula berpusing perlahan, dah boleh dah tukar kapasitornya ya!

Sumber: Ilham Dekorasi

SKIP THIS AD ×