berita

Cara Mudah Simpan ASNB, Buat Tabung, Bayar Zakat & Lain-Lain, Ada Peluang Menang Hadiah!

December 15th, 2022 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

“Kau kena guna aplikasi MAE, banyak faedahnya!”

Aplikasi MAE oleh Maybank2u ialah salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Maybank.

Ia menawarkan perkhidmatan yang sama dengan aplikasi M2U MY tapi dengan ciri tambahan yang lebih baik. Yang menariknya, tak kira la korang pelanggan Maybank ataupun bukan, semua orang boleh gunakan aplikasi MAE.

Sebenarnya banyak fungsi dalam aplikasi MAE ni yang boleh bantu urusan kewangan korang dalam seharian, bukan untuk transfer duit semata-mata. Kali ini Maybank nak tawarkan hadiah lumayan bernilai RM1 juta Ringgit kalau korang buat transaksi melalui aplikasi MAE! Nak tahu caranya? 

Haa..Jom baca sampai habis!

Tambah pelaburan ASNB tanpa perlu ke kaunter

Korang berniat nak tambah pelaburan ASNB? Elok sangat tu. Lagipun sekarang korang dah tak perlu ke kaunter guys. Korang boleh gunakan aplikasi MAE untuk membuat urus niaga ASNB. Lebih cepat dan mudah!

Langkah-langkah mudah menghubungkan akaun ASNB ke aplikasi MAE:

Langkah 1: Buka MAE > Pilih ‘Maybank2u’ > ‘Wealth’ > Pilih ‘ASNB Accounts’

Langkah 2: Semak Terma dan Syarat baharu > Pilih ‘Agree & Link’

Langkah 3: Lakukan pengesahan melalui SMS TAC atau Secure2u

Langkah 4: Akaun ASNB anda telah dihubungkan!

Boleh simpan duit dengan buat Tabung MAE

Nak menabung tapi sudahnya selalu terpakai duit tabungan? Korang tak perlu risau lagi sebab fungsi Tabung pada aplikasi MAE akan ‘paksa’ korang buat simpanan. 

Sebagai contoh, korang dah ada target nak beli barang kesukaan korang seperti smartphone baru. Jadi, korang boleh tetapkan berapa jumlah yang korang nak simpan dan berapa lama tempoh simpanan tu. Kalau nak tambahkan jumlah simpanan dengan cepat, aktifkan je Booster.  Dah capai target nanti, memang seronok tak terkata!

Langkah-langkah membuat tabung di aplikasi MAE:

Langkah 1: Buka MAE > Pilih ‘Tabung’ > Lakukan pengesahan akaun dengan cap jari atau no pin

Langkah 2: Klik ‘Create Tabung’ > Pilih kategori > Namakan Tabung > Klik ‘Continue’

Langkah 4: Tetapkan jumlah, tarikh mula dan akhir tabungan > Klik ‘Continue’

Langkah 5: Masukkan nama pengguna dan kata laluan > Pilih akaun > Klik ‘Continue’

Langkah 6: Pilih untuk tolak dari akaun secara mingguan atau bulanan > Klik ‘Create Tabung’ > Tabung digital berjaya dibuat!

Bayar zakat pendapatan di hujung jari je!

Tahu tak? Zakat pendapatan ialah zakat yang dikenakan ke atas semua jenis sumber pendapatan, hasil upah yang diperolehi daripada perkhidmatan, pekerjaan, aktiviti yang menghasilkan pendapatan bagi seseorang muslim.

Sekarang dengan teknologi yang serba canggih, dah banyak cara boleh digunakan untuk bayar zakat. Jangan lupa bayar zakat sebelum 31 Disember untuk layak dapat pelepasan cukai. Lebih lancar kalau korang gunakan aplikasi MAE. Jimat masa dan tenaga!

Langkah-langkah bayar zakat pendapatan dengan aplikasi MAE:

Langkah 1: Buka MAE > Pilih ‘Maybank2u’ > Pilih ‘Accounts’ > Pilih ‘Pay Bills’ > Pilih ‘Zakat’

Langkah 2: Pilih badan zakat negeri korang > Pilih ’01-Zakat Pendapatan’

Langkah 3: Masukkan nombor telefon korang

Langkah 4: Lakukan pengesahan melalui SMS TAC atau Secure2u dan pembayaran zakat pendapatan berjaya!

Selain zakat pendapatan, korang juga boleh bayar zakat lain seperti zakat emas dan perak, perniagaan, pertanian, rikaz dan galian serta saham dan ternakan dengan aplikasi MAE. Sangat mudah!

Paling menarik, aplikasi MAE sekarang ada kempen hebat. Kena join guys sebab hadiah yang ditawarkan sangat lumayan untuk dimenangi!

Guna aplikasi MAE & sertai kempen Tap, Track, Win untuk menang hadiah bernilai sehingga  RM1,000,000!

Haa.. Nak berpeluang menang hadiah menarik? Kami nak ajak korang sertai kempen Tap, Track, Win dengan aplikasi MAE. Bayangkan korang buat transaksi je, boleh menang hadiah hebat-hebat!

Cara nak sertai kempen Tap, Track, Win ni sangat mudah. Korang hanya perlu buat banyak transaksi dengan aplikasi MAE untuk dapatkan banyak penyertaan.

Korang cuma perlu bayar bil, bayar bil melalui JomPAY, tambah nilai fon prabayar/permainan, Scan & Pay dengan aplikasi MAE, bayaran melalui FPX dan lain-lain.

Antara hadiah menarik untuk korang menangi sehingga 5 Februari 2023 ialah wang tunai sehingga RM10,000, Macbook Pro, Dyson Airwrap, iPad Pro dan banyak lagi. Syok kan? Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai kempen ni!

Buat pengetahuan korang, Tracker tu akan dimuat semula setiap bulan. So, kalau korang tak menang untuk bulan ni, jangan risau! Boleh cuba lagi untuk bulan depan okay?

Nampak? Banyak lagi sebenarnya yang korang boleh buat dengan aplikasi MAE. Dengan fungsi yang pelbagai.

So, tunggu apa lagi? Jom muat turun aplikasi MAE sekarang!

Untuk info lebih lanjut tentang kempen Tap, Track, Win dengan aplikasi MAE, korang boleh tekan di SINI.

SKIP THIS AD ×