berita

Cara Mudah Tebus RM100 eMADANI Dengan MAE, Peluang Menang Hadiah Bernilai Lebih RM500,000!

December 4th, 2023 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Baru-baru ni, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penebusan kredit e-wallet RM100 boleh mula dibuat mulai 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024, menerusi inisiatif Ekonomi Madani (eMADANI).

Program eMADANI memberikan RM100 dalam bentuk kredit e-wallet untuk bantu meringankan beban rakyat Malaysia dalam kumpulan B40 dan M40. Selain menggalakkan pembayaran tanpa tunai, ia juga bertujuan menyokong peniaga tempatan dan perniagaan kecil.

Sebenarnya senang je nak tebus kredit eMADANI. Boleh guna cara ni guys!

Guna aplikasi MAE untuk tebus kredit eMADANI, caranya pun mudah!

Berita baik! Salah satu aplikasi yang korang boleh gunakan untuk buat penebusan kredit eMADANI ialah aplikasi MAE. Tempoh penggunaan adalah sehingga 29 Februari 2024 secara transaksi fizikal. Ingat tu!

Ini la masanya untuk membelanjakan kredit eMADANI dengan sebaiknya guys. Tahu tak? Korang boleh belanja dan menang melalui aplikasi MAE tau.

Peluang memenangi kereta Proton S70 & hadiah bernilai sehingga RM500,000

Sempena program eMADANI, ada tawaran menarik dengan hadiah lumayan menanti korang. Korang berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM500,000 tau. Syoknya!

Antara hadiah menarik yang ditawarkan ialah kereta Proton S70, Proton Exora, Proton Saga, motosikal Honda RS-X, Gaming Laptop, MSI Katana GF66, Samsung Galaxy Z Fold 5, Smart TV, Playstation 5 dan wang tunai sehingga RM5,000. Mantap ah!

Korang akan dapat 10x penyertaan kalau tebus kredit eMADANI melalui aplikasi MAE. Selain tu, korang akan dapat 2x penyertaan untuk pembayaran menggunakan kredit eMADANI minimum RM10 melalui Scan & Pay with MAE di peniaga yang mengambil bahagian seperti 99 Speedmart, Mydin, Bata dan banyak lagi.

Eh, tak cukup lagi tu! Ada lagi promosi menarik. Jangan lupa untuk melengkapkan tracker Tap, Track, Win dalam aplikasi MAE korang untuk dapatkan pulangan tunai dan lebih ganjaran. Seronoknya!

Cara tebus & guna kredit eMADANI melalui aplikasi MAE

Macam mana nak tebus kredit eMADANI dengan aplikasi MAE? Korang boleh ikut langkah-langkah di bawah.

Hanya perlu imbas dan bayar dengan aplikasi MAE untuk belanjakan kredit eMADANI korang. Meh kami ajar cara nak belanjakannya.

Korang boleh tengok baki Kredit eMADANI korang yang tersedia pada bila-bila masa dengan menekan ikon eMADANI pada halaman utama.

Kriteria yang diperlukan untuk menebus kredit eMADANI

So, apa je syarat kelayakan untuk tebus kredit eMADANI? Nak tahu korang layak ke tak, pastikan korang memenuhi syarat-syaratnya di bawah:

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas.
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun.
  • Belum menuntut eBeliaRahmah 2023.

Korang tak akan layak kalau korang:

  • Pekerja pertama yang tak memfailkan cukai mereka dengan LHDN.
  • Pesara yang berhenti memfailkan cukai dengan LHDN.
  • Menganggur melainkan mereka penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh menuntut eMADANI.
  • Dahulu berpendapatan >RM100k setahun, kini gaji tahunan dikurangkan kepada bawah RM100k.

Korang layak? Bagus la macam tu. Tunggu apa lagi? Jom muat turun aplikasi MAE sekarang dan tebus kredit eMADANI. Jangan lupa kongsikan tawaran menarik ni kepada keluarga dan kawan korang. Benda baik kita kena kongsi!

Nak tahu info lebih lanjut tentang eMADANI dengan aplikasi MAE? Klik SINI. Korang juga boleh tahu lebih lanjut tentang ganjaran MAE eMADANI dengan klik SINI.

Jangan lupa follow Maybank di media sosial (Facebook, Instagram, Twitter, TikTok) untuk ketahui perkembangan terkini mereka.

SKIP THIS AD ×