berita

Cara Senang Tanam Salad Sesegar Di Pasaraya, Hanya Guna Botol Je!

January 4th, 2019 | by Shafika
Make-It-Senang

Menerusi laman Kelab Deko Malaysia, ini cara tanam salad paling mudah. Paling menarik, hanya menggunakan botol biasa anda boleh dapatkan salad segar seperti di pasaraya. Kalau tak percaya, anda bolehlah cuba sendiri tips mudah ini!

Guna botol plastik

JOM TANAM SALAD DALAM BOTOL
SENANG & RINGKAS
SHARE 

1. Semai dulu anak benih. Boleh guna tapak semaian atau boleh guna kulit telur. Gunalah apa-apa pun janji tumbuh benih tu.
2. Semai tu guna coco peat@sabut. Boleh beli je di nurseri . Harga 1 guni RM15 (sabut ni murah) ada yang dapat 1 guni RM10
3. Bila dah tumbuh dah naik 4 daunnya kira-kira 2-3minggu alihkan ke pasu atau apa. Ni Aida try guna botol mineral sebab nak buat ala-ala hidroponik. Nak lagi cantik google beli je bekas hidroponik.

Alih anak pokok ke dalam botol


4. Cara buat botol tu potong 2 botol mineral macam dalam gambar. Lepas tu buat lubang pada tutup mineral water tu. Masukkan benang (Aida guna tali file). Aida bagi naik sampai atas sikit supaya air nanti sampai.
5. Isi sabut sikit dalam botol mineral bahagian atas. Alihkan anak pokok tu masuk dalam tu.

Guna dua kayu buat ala-ala chopstick


6. Tips alihkan anak pokok tak nak bagi akar putus guna 2 kayu buat ala-ala chopstik lepas tu tarik keluar.
7. Bahagian bawah letak air + bajaAB. Sukatan baja AB 1 penutup air mineral baja A dan baja B. Campur air pada baja AB dan tinggal. Tengok kalau air baja dah habis tambahkan. Ok bila air baja kering 2 kali. Kali ke 3 air biasa je tak perlu letak baja. Lepas tu baru air baja balik.

Letak tempat


8. Awal-awal letak tempat teduh. Dah besar sikit bagi kena cahaya matahari.
9. Dah 1 bulan.. lebih 2 bulan dah boleh tuai hasil. Sekejap saja kan
SIAP !!!

Sumber : Kelab Deko Malaysia

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×