berita

Cara Solat Terawih Di Rumah Paling Ringkas Beserta 8 Surah Cadangan

April 12th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Seluruh umat Islam bakal menunaikan solat terawih mulai malam ini. Namun, suasana solat terawih pada tahun ini  dijangka masih sama seperti tahun sebelumnya kerana negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Meskipun ada dalam kalangan umat Islam yang tidak dapat menunaikan solat terawih secara berjemaah, korang digalakkan melakukan solat tersebut di rumah.

Berikut merupakan syarat paling basic dan juga tips untuk solat terawih secara berjemaah di rumah bagi mereka yang pertama kali menjadi imam terawih.

Solat terawih

1. Solat terawih ini dilakukan selepas solat Isyak. Jadi korang kena solat Isyak terlebih dahulu secara berjemaah sebelum menunaikan solat terawih.

2. Selepas selesai solat Isyak, Korang boleh nak berdoa dahulu dan menunaikan solat 2 rakaat selepas Isyak. Kalau korang nak teruskan solat terawih pun boleh juga.

3. Korang perlu ambil bilangan rakaat paling minimun iaitu 8 rakaat. Solat 2 rakaat, 2 rakaat.

4. Sebelum menunaikan solat terawih, pusing belakang dan beritahu makmum bahawa korang bakal menunaikan solat terawih.

Tatacara solat terawih paling ringkas

Terdapat 4 tatacara solat terawih yang paling ringkas korang boleh lakukan dan perlu tahu:

1. Lafaz niat solat terawih iaitu, ‘sahaja aku solat terawih 2 rakaat menjadi imam kerana Allah Ta’ala’.

2. Kemudian, solat 2 rakaat macam biasa. Lepas cukup 2 rakaat, bagi salam.

3. Selepas itu, korang teruskan 2 rakaat lagi. Lepas cukup 4 rakaat bagi salam.

4. Selesai 4 rakaat, korang boleh ambil sedikit masa untuk berehat. Kalau nak betulkan urat saraf yang sakit dan lenguh tu pun boleh.

5. Terakhir, korang sambung 2 lagi rakaat diikuti 2 lagi rakaat sehingga cukup 4 rakaat. Secara keseluruhannya korang dah tunaikan 8 rakaat.

Surah cadangan

Surah Al-Fatihah merupakan surah yang perlu dibaca setiap rakaat. Memandangkan ada 8 rakaat untuk solat terawih, berikut merupakan cadangan surah yang boleh korang baca setiap malam.

Rakaat Pertama: Surah Al Ma’un

Rakaat Kedua: Surah Al-Kautsar

Rakaat Ketiga: Surah Al-Kafirun

Rakaat Keempat: Surah An-Nasr

Rakaat Kelima: Surah Al-Masad

Rakaat Keenam: Surah Al-Ikhlas

Rakaat Ketujuh: Surah Al-Falaq

Rakaat Kelapan: Surah An-Nas

Soalan-soalan lazim mengenai solat terawih

Boleh baca surah-surah lain semasa solat terawih?

Buat korang yang nak baca mana-mana surah, jawapannya boleh. Kalau nak baca surah yang sama setiap rakaat pun boleh. Manakala, buat korang yang tak hafaz surah-surah korang boleh buka Al-Quran dan letak di bahagian hadapan. Nak baca ayat panjang alang-alang pun boleh.

Kena solat witir tak lepas solat terawih?

Jawapannya ialah terpulang. Nak solat pun boleh kalau tak nak pun boleh. Kalau korang nak buat secara individu pun boleh, kalau nak berjemaah juga pun boleh.

Nak kena baca apa-apa ka selang antara 2 rakaat solat terawih dan masa rehat selepas 4 rakaat ?

Jawapannya pun terpulang. Nak baca boleh, tak nak pun boleh.

Sumber: Khairul Anuar Basri

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×