berita

Cara untuk Bawa Pulang HONOR X9b 5G Secara Percuma! Raja Telefon Midrange yang Tahan Lasak!

December 13th, 2023 | by Anis Suraya
Kini Trending

Telefon pintar Tahan Lasak Semua Sudut, HONOR X9b 5G sudah boleh didapati menerusi pelan pascabayar di CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan Yes!

Melalui pakej yang diberikan, korang dah boleh miliki telefon pintar lasak dan mampu milik ini hanya dengan pakej pascabayar dari syarikat telekomunikasi berkenaan yang min akan senaraikan di bawah ini.

HONOR X9b 5G percuma dengan Yes Infinite+ Standard!

Korang boleh bawa pulang PERCUMA HONOR X9b 5G dengan pelan pascabayar Yes Infinite+ Standard pada harga RM88 sebulan. 

Pakej ini menawarkan data dan kelajuan 5G tiada had, panggilan tanpa had dan data Hotspot 50GB. Wow tawaran yang sangat berbaloi ni korang!

Penjimatan hebat dengan Maxis Postpaid!

Pernah terfikir tak korang bayar rendah tapi dapat barang yang lebih tinggi nilainya daripada duit yang korang keluarkan?

Haa ini dia korang ambil pelan Maxis Postpaid 109 dan dah boleh jimat RM1400!

Nak lagi menarik, HONOR X9b 5G akan berikan Perlindungan Retak Depan & Belakang 365 Hari bernilai RM500. 

Ada lagi korang, hadiah percuma diberikan apabila korang membeli HONOR X9b 5G dengan Maxis. Nikmat mana lagi korang nak dustakan ni!

Layari https://store.maxis.com.my/productdetails/category/mobiles/honor/x9b-5g untuk maklumat lanjut okey.

Rebat RM10 dengan pakej MegaJimat bersama CelcomDigi!

Pelanggan CelcomDigi, korang tahu tak ada pelan Postpaid 5G yang membolehkan korang miliki telefon pintar HONOR X9b 5G dengan harga lebih rendah?

Korang boleh pilih nak kontrak 24 bulan untuk dapatkan HONOR X9b 5G dengan harga RM299 atau kontrak 12 bulan untuk RM599.

Menerusi pelan ini di bawah kontrak Pakej MegaJImat, pelanggan boleh menikmati rebat tambahan bulanan RM10 dan bayaran RM70 sebulan.

Kalau korang nak lebih faham mengenai tawaran ini layari https://www.celcomdigi.com/devices/pakej-megajimat.

Dengan U postpaid 98, HONOR X9b 5G milik korang!

Tidak terlepas juga tawaran menarik dari U Mobile yang menawarkan HONOR X9b 5G secara percuma menerusi pelan pascabayar U Postpaid 98 pada harga RM98/sebulan dengan kontrak 36 bulan.

Pakej ekslusif ini tersedia bermula 13 Disember 2023 dimana korang akan menikmati data berkelajuan tinggi sebesar 1000 GB serta perayauan global dan panggilan masuk luar negara percuma di 63 destinasi!

Boleh lah korang berjalan-jalan di overseas dengan telefon pintar hebat HONOR X9b ni nanti!

Pilih pelan kesukaan korang!

 

Dengan adanya pelan pascabayar yang menarik dari syarikat telekomunikasi di atas, inilah peluang keemasan untuk korang dapatkan HONOR X9b 5G dari pembekal perkhidmatan pilihan!

Seperti yang korang tahu HONOR X9b 5G mengetengahkan rekaan skrin canggih dan rintangan jatuh untuk kekal bertahan apabila terjatuh dari pelbagai sudut, termasuk tembakan peluru paintball.

Telefon pintar ini juga hadir dengan 12GB RAM dan 8GB HONOR RAM Turbo maya tambahan bersama penstoran ROM 265GB untuk menyimpan semua gambar dan fail penting.

Selain itu, HONOR X9b 5G juga telefon pintar mid-range pertama di Malaysia yang dikuasakan cipset Qualcomm® Snapdragon® 6 Gen 1 selain didatangi bateri berkapasiti besar 5800mAh.

Pada harga mampu milik sebanyak RM1,499, HONOR X9b 5G ditawarkan dalam warna Sunrise Orange, Midnight Black dan Titanium Silver.

Maklumat lanjut mengenai HONOR X9b 5G, boleh layari https://bit.ly/HONORX9bPR

SKIP THIS AD ×