berita

Caras : Pelakon Insaf Selepas Puas Tiduri Sedozen Gadis

November 28th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Wow! seorang pelakon lelaki mengaku sukan kegemarannya adalah sex dan turut dikatakan mempunyai hampir sedozen sekandal yang kebanyakannya tergolong di kalangan selebriti dan model. Amboi, dah macam tak ada sukan lain agaknya mamat ni.

Namun begitu, setelah sekian lama berskandal dengan ramai wanita, akhirnya pelakon lelaki ini dikatakan ingin bersara daripada kegiatan tidak bermoral tersebut dan berhasrat untuk berkahwin dengan seorang wanita biasa yang bekerja di sebuah butik.

Dalam pada itu, teman rapat pelakon ini turut memaklumkan bahawa pelakon tersebut ingin menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan dan perkara tersebut telah diumumkan olehnya sendiri di sebuah parti yang diadakan pada bulan lalu.

Apa yang menghairankan di sini adalah lelaki kasanova tersebut dikatakan memilih bakal isterinya bukan kerana kecantikan atau tubuh badan yang menggoda, tetapi disebabkan oleh sikap wanita tersebut yang dikatakan terlalu lemah lembut dan tidak materialistik. Alah, takut kalau cari yang cantik dan seksi nanti ‘maintenance’ tinggi sangat. Tak mampu pula nak tanggung semua? Jadi cara je lah yang bias-biasa, asalkan sejuk mata memandang.

Nampaknya setelah enam bulan menjalinkan bibit-bibit cinta, pasangan kekasih ini telah berani untuk mendedahkan hubungan mereka kepada umum dan turut berkongsi foto-foto mesra mereka di laman Instagram. Lebih menarik lagi, baru-baru ini si gadis telah memuat naik sekeping foto yang menunjukkan dia sedang memakai sebentuk cincin di jari manis. Mungkinkah cincin tersebut diberikan oleh si buah hati? Hmm..apa pun diharapkan selepas berkahwin pelakon ini boleh berubah sikap dan menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.

 Nota : Foto sekadar hiasan

SKIP THIS AD ×