berita

Caras : Si Suami Masih “Kelaparan”

October 23rd, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Bak lirik lagu Mata Keranjang nyanyian Afidah Es “Kenapa begitu abang, selalu bermata keranjang, pantang tengok dara, yang cantik menawan…” Itulah ibaratnya sikap si suami yang pantang nampak perempuan cantik, pasti digoda. Jika diamati perwatakannya, si suami ini seorang yang pendiam dan lembut berbicara. Bak kata orang, pijak semut tak matilah. Namun di sebaliknya, hanya tuhan je yang tahu.

Tapi jangan ingat orang tak nampak. Kalau sudah namanya selebriti, sudah pasti orang kenal. Al-kisahnya, ada sumber yang nampak dengan batang hidung sendiri akan peel si suami ni.  Kata sumber ini, dia geram sangat dengan perangai si suami ini kerana sibuk check-in, check-out hotel walaupun sudah berumah tangga.

“10 Oktober lalu, aku menginap di sebuah hotel 3 bintang di ibu negara. Secara tak sengaja, aku berselisih dengan si suami itu di lobi hotel jam 10 malam. Memandangkan sahabat aku bekerja di hotel tersebut, aku pun bertanya tentang kelibat si suami itu di situ. Ternyata, dia datang menemui seorang wanita, kalau tak silap nombor bilik 5** atau 5**. Si suami itu keluar dari bilik hotel setelah 2 hingga 3 jam berada di dalam bilik tersebut.”

Wah! Hebat benar si suami ini langsung tidak menghiraukan orang awam di sekelilingnya. Agaknya, si suami tu tak perasan bahawa semua mata yang memandang terseksa melihat sikapnya yang “selamba” itu.

“Kemudian, pada 15 Oktober jam 3 pagi, aku terserempak dengan si suami di sebuah kedai mamak di ibu kota bersama seorang wanita cantik dengan rambut yang panjang. Apa yang pasti, wanita itu bukan isterinya. Mereka amat mesra sambil berpegang-pegangan tangan. Mustahil hanya berkawan,” ujar sumber ini penuh semangat.

Rasanya, selama melayari bahtera sebagai suami isteri, pasti si isteri terseksa dengan sikap si suami yang sering “kelaparan” gadis rupawan. Bukan itu sahaja, sumber turut memberitahu bahawa si suami memang terkenal dengan sikap “Playboy” semenjak dari pusat pengajian tinggi. Malah, si suami tersebut pernah melakukan adegan kurang sopan bersama teman baik sumber. Agaknya, semua gadis dia santap kot?

Nampaknya, kalau tak dikawal makin menjadi-jadi perangai buruk si suami ini. Jika dilihat daripada paras rupa dan gayanya, susah nak cop si suami curang. Itu lah orang kata, ‘Don’t judge a book by it’s cover’. Kan?

SKIP THIS AD ×