berita

Caras : Sudah ‘Demand’ Sampai RM40 Ribu

January 25th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2013-01-23 at 12.58.58 PM

Biasalah kalau artis ‘demand’ bayaran tinggi-tinggi ni. Tak hairan pun, lagi-lagi artis yang sudah lama. Tapi kalau sudah minta itu ini, mahu datang sain pun susah, macam mana pula?

Beberapa hari lepas, OHBULAN! berbual dengan seorang teman, bermula daripada borak kosong tiba-tiba terbuka pula cerita mengenai seorang artis wanita yang dikatakan meminta bayaran sehingga mencecah RM40 ribu untuk mendapatkan khidmatnya.

Mengikut apa yang diberitahu pada OHBULAN!, sebuah syarikat ingin mengambil khidmat artis wanita ini sebagai selebriti untuk memeriahkan program mereka. Disamping itu, artis ini juga bakal menjadi faktor penarik kepada pelanggan yang berminat untuk menyertai program ini.

Nak dijadikan cerita, artis ini meminta bayaran sehingga RM40 ribu. Bagi syarikat ini, mereka tidaklah menganggap itu sebagai isu yang besar. Namun apabila artis wanita ini dikehendaki pula untuk hadir ke majlis sidang akhbar perasmian program syarikat tersebut, mereka sekali lagi dikenakan bayaran untuk membawanya. Menurut sumber lagi, hendak diikutkan mahu saja syarikat itu menarik balik tawaran asal kepada artis wanita ini, namun disebabkan promosi sudah dijalankan, mereka terpaksa meneruskan rancangan.

Mungkin agaknya sudah menganggap diri sendiri terlalu penting, pada majlis sidang akhbar untuk menandatangani kontrak, artis tersebut dikatakan tidak muncul-muncul. Walhal, segala persiapan sudah dilakukan. Mahu tidak mahu, pihak syarikat terpaksa membatalkan perancangan memandangkan kontrak pun belum disain.

Penghabisannya, teman memberitahu, syarikat itu terpaksa mengubah rancangan di saat akhir dan cuba mendapatkan perkhidmatan daripada artis popular yang lain. Menariknya disini, syarikat ini berjaya mendapatkan khidmat artis lelaki yang lebih popular. Dan khabarnya, lelaki ini berjaya menarik lebih ramai pelanggan berbanding artis wanita tersebut ketika waktu promosi. Namun, bayaran yang dikenakan tidaklah seperti artis wanita tadi.

Memang setiap artis mempunyai hak masing-masing, tapi biarlah berpada-pada kan. Kalau ada rezeki, kemana-mana pun takkan putus.

SKIP THIS AD ×