berita

‘Cari Rezeki Bagi Anak Bini Makan’ – Sikap Individu OKU Ini Perlu Dicontohi. Respect!

November 22nd, 2019 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Kekurangan upaya (OKU) bukan menjadi penghalang untuk seseorang cepat mengalah dan tidak berusaha. Kehidupan di dunia ini perlu diteruskan seperti Pak Busu tetap cekal mencari rezeki buat isteri dan anak-anaknya walaupun mengalami kekurangan keupayaan. Sikap dan motivasi Pak Busu ini perlu dijadikan contoh buat semua insan terutamanya anak muda untuk terus rajin mencari rezeki dan tidak mudah mengalah.

Kesianlah ke bini dan anak saya

Pak Busu merupakan seorang ayah kepada 2 orang anak dan dia juga bekerja sebagai mekanik kereta di Melaka. Menerusi posting di Facebook, Pak Busu berasa sedih kerana sejak dua menjak ini sudah kekurangan pelanggan untuk membaiki kenderaan di bengkelnya gara-gara kasihan melihat insan kurang upaya seperti dirinya membaiki kenderaan.

Patutlah orang tak nak hntar kereta ke bengkel saya untuk direpair. Rupa-rupanya orang kesian tengok saya buat kerja. Jangan kesiankan saya, sepatutnya you all kesiankan anak bini saya nak makan apa nanti. Ini dah tanggungjawab saya buat kerja. Cari rezeki bagi anak bini makan, bagi duit perbelanjaan anak sekolah harian, bayar bil api air, bayar sewa rumah dan macam-macam lagi. Sesiapa yang kereta rosak tu, hantarlah ke bengkel IM AUTO GARAGE saya. Bagi saya buat kerja, dapatlah saya bagi anak bini makan untuk meneruskn kehidupan ni. 012-2195235.

Nak teruskan kehidupan

Lelaki yang mempunyai dua orang anak ini juga berharap agar mana-mana pihak yang memerlukan khidmatnya untuk membaiki kereta boleh sahaja menghubunginya melalui nombor telefon yang disertakan di posting itu kerana dia amat memerlukan pelanggan bagi meneruskan perbelanjaan harian. Difahamkan bengkelnya terletak di IM AUTO GARAGE di Melaka.

Memuji dengan sikap Pak Busu

Rata-rata netizen turut mendoakan agar Pak Busu dipermudahkan urusan dalam mencari rezeki buat keluarganya. Malah, ada juga yang memuji sikap dan usaha Pak Busu walaupun mengalami keupayaan namun, masih meneruskan kehidupan seperti orang lain yang sihat fizikal.

Memang baik dan bagus kerjanya

Sumber: Pak Busu

The following two tabs change content below.