berita

Cari Smartphone Bawah RM 1,000 Tapi Nak Yang Ada Quad Kamera. Kami Ada Jawapannya!

October 8th, 2019 | by Noraniza
Kini Trending

Bila camera onz, confirm ramai yang teruja nak membeli! Lebih-lebih lagi kalau daripada pengeluar telefon pintar terkemuka, realme. Ha, nak tau apa yang terbaru?

Nak cerita ni yang realme secara rasminya melancarkan telefon pintar quad kameranya yang pertama- realme 5 dan realme 5 Pro, dilengkapi dengan Qualcomm® Snapdragon™ 665  dan 712. Confirm kedua-dua model memang superb dengan harga mampu milik! Bawah RM 1,000 okay!

Mana taknya, quad kamera realme 5 dan realme 5 Pro memiliki lensa sudut ultra-lebar, kamera utama, lensa potret dan ultra makro. Jom baca lagi apa yang menarik di bawah ni.

realme 5 – Quad Camera PowerHero

Model realme 5 dilengkapi dengan Snapdragon 665 AIE iaitu enjin Qualcomm AI generasi ketiga berdasarkan cip pemprosesan 11nm octa-core yang beroperasi pada kelajuan jam 2.0GHz seiring dengan prestasi permainan yang dipertingkatkan. Realme 5 mempunyai paparan 6.5 inci Full HD+ yang memberi ruang pandangan lebih luas, pengalaman permainan yang lebih hebat dengan gandingan audio dan video berkualiti tinggi.

 

Bagi realme 5, reka bentuknya telah dipertingkatkan dengan diamond-cut dan sentuhan hologram memberikan ilusi tekstur 3 dimensi. Selain itu, realme 5 juga memberi pengalaman imej baharu dengan quad kamera AI – 119° sudut ultra-lebar (8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP) serta AI kamera hadapan (13MP). Dengan bateri 5000 mAh besar untuk menikmati pengalaman hiburan yang lebih panjang, realme 5 menjalankan sistem operasi Color OS 6.0 berdasarkan Android 9.0 Pie.

 

realme 5 Pro – Quad Camera Speedmaster

Manakala, realme 5 Pro dikuasakan oleh Snapdragon 712 AIE dengan CPU berkelajuan 2.3GHz yang juga dikenali sebagai enjin AI generasi ke-3 yang membantu mempercepat pengkomputeran AI bersama GPPU Qualcomm Andreno 616. Bagi persediaan quad kamera pula, realm 5 Pro dilengkapi 119° lensa sudut ultra-lebar (8MP), 48MP kamera utama Sony IMX 586, lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP). Ditambah pula kamera depan Sony IMX471 AI 16MP sekaligus memberi pengalaman imej yang sudah semestinya awesome!

Apa yang lagi best, realme 5 Pro mempunyai paparan skrin 6.3 inci FHD+ dewdrop, didatangkan dengan warna hologram nanometer dengan tesktur visual berlapis pada penutup belakangnya. Ia juga dilengkapi dengan set 20w VOOC Flash Charge 3.0.

Bila boleh beli ni?

Bagi realme 5 versi 3GB RAM + 64 GB ROM dengan warna Crystal Blue atau Crystal Purple dan juga versi 4GB ram + 128 GB ROM dengan warna Crystal Blue atau Crystal Purple akan mula dijual pada 17 Oktober 2019.

Manakala,realme 5 Pro versi 8GB RAM + 128 GB ROM dengan warna Crystal Green dan Sparkling Blue akan mula dijual pada 10 Oktober 2019.

Ha, untuk yang minat nak beli online, kedua-dua model akan dijual secara eksklusif di platform Lazada! Nak tahu info lanjut, klik je DI SINI!

*psst… sesiapa yang berminat nak dapatkan realme 5 Pro, korang boleh buat pesanan bermula hari ini sehingga 11 Oktober di kedai realme berhampiran anda DI SINI!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)