berita

Carlist.my Kini Hadir Dengan Platform Lelongan Kereta Secara Online

December 21st, 2018 | by Shafika
Shout Out!

Carlist.my, laman web automotif No.1 di Malaysia telah memperluaskan tawaran mereka kepada pelanggan dengan menambah platform lelongan. Dilancarkan pada pertengahan Ogos 2018, Carlistbid.my berhasrat untuk menghubungkan penjual dan peniaga kereta. Syarikat itu melancarkan platform lelongnya untuk menyediakan platform online yang mudah dan juga sebuah pusat pemeriksaan di Kampung Sungai Penchala.

Pemeriksaan kereta dilakukan sebelum lelongan

Menerusi platform ini, pengguna hanya perlu mengemukakan permintaan secara online dan mengatur pemeriksaan percuma di mana kereta itu dinilai sebelum dimasukkan ke dalam lelongan. Sebaik sahaja harga dipersetujui, proses pembidaan akan bermula dengan rangkaian Trusted Dealer Carlist.my akan meletakkan tawaran mereka pada semua kereta yang ditawarkan. Apabila kereta dijual, semua dokumen pemindahan dan pembayaran dilakukan oleh kakitangan Carlistbid.my.

Sejak pelancaran, lebih daripada RM 4 juta kereta telah dijual melalui platform lelong ini, menunjukkan bahawa ianya menuju ke arah servis jualan kereta, dan untuk Peniaga Kereta Terpakai mendapatkan stok. Pelbagai kenderaan persendirian yang ditawarkan dalam lelongan dari jenama tempatan, jenama Jepun dan jenama Continental. Pertumbuhan jualan pada Oktober meningkat sebanyak tiga kali ganda berbanding pada September.

Platform lelongan kereta luar biasa

CEO iCar Asia Limited berkata, mereka bakal membuka sebuah cawangan hab pemeriksaan kereta di Shah Alam bagi menampung permintaan orang ramai.

Kami mempunyai platform lelongan yang luar biasa, membolehkan penjual dan peniaga berhubung secara lancar. Hasil positif dari lelongan adalah merupakan satu petunjuk bahawa kami telah menyediakan perkhidmatan dengan membenarkan pengguna menjual kereta mereka dengan pantas, sementara peniaga kereta terpakai dari seluruh Malaysia boleh mendapatkan stok untuk kereta mereka.

Untuk menampung permintaan lelongan kereta yang semakin meningkat, kami  akan membuka hab pemeriksaan kedua kami yang juga akan mempunyai ruang penyimpanan, di Shah Alam.

Jom Cuba Carlistbid.my hari ini!

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×