berita

Catat 4 Kematian Covid-19, Thailand Isytihar Perintah Darurat Selama Sebulan

March 26th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Thailand dengan catatan kes positif Covid-19 sehingga kini sebanyak 934 dan angka kematian hanya 4 kes telah membimbangkan rakyat di negara itu. Bagaimanapun, Perdana Menteri Thailand iaitu Jeneral Prayuth Chan o-cha membuat keputusan dan mengumumkan perintah darurat berkuat kuasa mulai hari ini (16 Mac 2020) sehingga 30 April 2020.

Sekat kemasukan warga asing

Memetik sumber Malaysia Kini, pengisytiharan perintah darurat itu adalah bagi mengekang pandemik Covid-19 di negara Thailand. Langkah itu diambil adalah bagi membendung penularan wabak tersebut.

Banyak tindakan dan inisiatif yang dilakukan dalam tempoh darurat ini termasuk menyekat kemasukan warga asing, tidak kira sama ada mereka mempunyai permit kerja mahupun tidak. Manakala, rakyat Thailand yang memiliki permit kedutaan dan sijil kesihatan akan turut dikecualikan daripada sekatan itu.

Simpan makanan berlebihan akan kena tindakan

Selain itu, pusat membeli-belah, pusat hiburan dan tempat aktiviti sukan diarahkan tutup segara. Hanya pasar raya yang menjual makanan dan barangan harian, farmasi dan kedai serbaneka akan tetap dibuka. Tindakan akan diambil terhadap sesiapa yang membeli atau menyimpan barangan makanan berlebihan.

Restoran serta kedai minuman akan dibuka dan hanya dibenarkan dibawa pulang atau perkhidmatan penghantaran (delivery) sahaja. Perkhidmatan institusi kewangan seperti perbankan, stesen minyak dan penghantaran delivery dibernarkan beroperasi.

Tarikan pelancongan ditutup

Bukan itu sajaha, semua tarikan pelancongan seperti pusat keagamaan, muzium, perpustakaan dan taman rekreasi akan ditutup. Penganjuran aktiviti perhimpunan secara besar-besaran juga adalah dilarang sama sekali.

Tambahan pula, individu yang berusia di bawah 5 tahun (kanak-kanak) dan lebih 70 tahun (warga emas) atau individu yang berdepan masalah kesihatan dinasihatkan berada di rumah.

Perintah darurat

Perdana Menteri menggesa orang ramai agar memberi bekerjasama dan mematuhi semua langkah kesihatan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 itu.

Mesyuarat dan taklimat harian akan diadakan. Saya akan mengumumkan perintah dan langkah-langkah bagi memastikan koordinasi dalam semua agensi serta kementerian atau saya akan meminta seorang pegawai untuk melaporkan perkembangan terkini kepada rakyat.

Sumber: Malaysia Kini, Bernama

SKIP THIS AD ×