Gunung Everest merupakan gunung tertinggi di dunia yang terletak di banjaran gunung Himalaya dengan ketinggian 8850 meter dari paras laut. Ramai pendaki yang memasang impian untuk mendaki gunung ini, sekaligus meletakkan ia sebagai pencapaian tertinggi dalam diri masing-masing.
Tetapi, tahukah anda bahawa sudah ramai pendaki yang terkorban semasa mendaki gunung ini? Dipercayai lebih 200 pendaki meninggal dunia akibat kehabisan bekalan oksigen, kesejukan dan pelbagai faktor lain. Malah, sehingga kini ada antara mayat mereka yang masih berada di puncak gunung atas beberapa sebab.
1. Green Boots
Gelaran Green Boots diberikan kepada seorang pendaki lelaki yang ‘tewas’ semasa mendaki gunung tersebut. Mayat yang memakai kasut berwarna hijau itu tidak dikenali ramai oleh sebab itu mereka menamakan ‘Green Boots’ yang ditemui di laluan Timur Laut Gunung Everest.
Menurut sumber, mayat Green Boots itu bernama Tsewang Paljor dipercayai meninggal dunia pada tahun 1996. Namun, mayat warganegara India itu ditemui pada tahun 2006 tersadai berhampiran gua batu kapur pada ketinggian 8,500 meter.
Pada tahun Mei 2014 mayat Green Boots dilaporkan hilang. Rata-rata membuat spekulasi bahawa mayat itu telah diturunkan atau dikebumikan di kawasan berhampiran. Namun, pada tahun 2017 pula, ada segelintir pendaki mendakwa ternampak mayat berkenaan tetapi ditutup dengan beberapa batu.
2. David Sharp
David Sharp sebelum ini sudah berpengalaman mendaki Gunung Elbus dan Kilimanjaro sebelum mengambil keputusan untuk mendaki ke puncak Gunung Everest. Dia sendirian mendaki Gunung Everest tanpa membawa botol oksigen sebagai bantuan penafasan untuk dirinya. Akibat tidak cukup oksigen, dia meninggal dunia di puncak gunung tersebut pada 15 Mei 2006 berdekatan gua batu kapur.
Dia ditemui sekumpulan pendaki dalam keadaan duduk dengan kedua tangan diletakkan pada kakinya. Bagaimanapun, mayatnya itu hanya dibiarkan berada disitu sahaja. Menurut info, beberapa orang pendaki yang melalui kawasan David Sharp duduk sempat bertanyakan keadaannya. David Sharp melambaikan tangan tanda okay. Namun wujud perdebatan dalam kalangan orang ramai yang mempersoalkan tindakan pendaki lain yang tidak menghulurkan bantuan
3. Hannelore Schmatz
Hannelore Schmatz merupakan jasad wanita pertama yang ditemui di pergunungan Himalaya itu. Dia juga antara empat wanita terawal yang berjaya menawan Gunung Everest, malangnya dia ditemui mati pada tahun 1979. Pendakian tersebut ditemani oleh suaminya iaitu Gerhard Schmatz, kedua mereka pendaki dari Jerman.
Difahamkan, ekspedisi mereka melibatkan tiga orang pendaki iaitu Ray Genet, Gerhard dan mangsa. Sebelum tiba di puncak, Ray Genet kepenatan dan didapati meninggal dunia akibat kehabisan oksigen. Kemudian, dia dan suaminya meneruskan perjalanan menuju ke puncak. Di dalam perjalanan itu, dia terduduk dan meminta air kerana kehausan sebelum pengsan dan meninggal dunia di ketinggian 8,300 meter puncak Everest.
Mayat Hannelore dibiarkan berada di atas pergunungan tersebut dalam keadaan terbaring sebagai tanda ‘peringatan’ buat semua pendaki yang lain.
4. Francys Arsentiev
Kisah Francys Arsentiev juga merupakan antara pengalaman ngeri yang dilalui para pendaki. Dia meninggal dunia pada tahun 1998 dalam keadaan tertidur dan cantik. Kematiannya itu dikenali sebagai Mt. Everest Sleeping Beauty.
Pendakian pertamanya itu adalah pada 22 Mei 1998, dan dia menjadi wanita Amerika pertama yang berjaya tiba di puncak itu tanpa bantuan oksigen. Dia memulakan pendakian itu bersama suaminya, Sergie Arsentiev. Pasangan ini telah mendaki beberapa gunung di Rusia dan Gunung Elbrus sebelum mendaki Everest.
5. George Mallory
George Mallory merupakan salah seorang pendaki British yang terlibat dalam tiga ekspedisi terawal pada awal 1920an. Dia disahkan meninggal dunia di puncak Everest pada 8 Jun 1982.
Pada tahun 1922, dia mengambil bahagian dalam ekspedisi kedua pendakian ke Everest. Kumpulan ekspedisi beliau berjaya menawan Gunung Everest setinggi 8,225 meter dari paras laut tanpa bekalan oksigen.
Manakala pada tahun 1924, George Mallory bersama rakannya iaitu Andrew Sandy didapati hilang di bahagian Timur Laut pergunungan tersebut. Kehilangan George Mallory menjadi misteri selama 75 tahun sehinggalah jasadnya ditemui pendaki lain pada 1 Mei 1999.
Sumber: Wikiwand, allthinginteresting, enepaltrekking