berita

Catat Markah Penuh 100%, Pelajar UiTM Diiktiraf Terbaik Peringkat, Malaysia & Dunia!

December 7th, 2019 | by faris
Kini Trending

Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) mencipta rekod tersendiri apabila berjaya memperoleh markah tertinggi bukan sahaja di Malaysia, malahan dunia dalam peperiksaan program perakaunan profesion sesi Julai-Disember 2019!

Pelajar UiTM Shah Alam

Hakeem Mohammad Akmal mendapat markah penuh 100 peratus untuk kertas ‘Recording Financial Transactions’ (FA1). Ini melayakkan pelajar 18 tahun itu untuk dianugerahkan gelaran tertinggi di Malaysia dan di dunia oleh badan profesional perakaunan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

Hakeem merupakan pelajar Fakulti Perakaunan sebelum ini melanjutkan pelajaran dalam program profesional perakaunan Certified Accounting Technician (CAT) di UiTM Shah Alam untuk sesi Julai 2019 lalu.

Hargai sumbangan pensyarah, rakan

Menurut Hakeem, peranan pensyarah dan rakan-rakannya amat penting untuk proses pembelajaran. Walaupun fokus dengan pelajaran, dia masih menjalani hidup seperti orang lain dengan menyertai aktiviti sukan dan hiburan.

Pensyarah yang mengajar subjek ini juga sangat membantu ketika dan selepas waktu kuliah. Saya yakin interaksi di antara pelajar dan pensyarah adalah sangat penting kerana ia akan menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan.

Saya juga sama seperti orang lain melakukan aktiviti bersama rakan seperti menonton filem dan bersukan tetapi sentiasa meletakkan batasan dan memantau jadual aktiviti dan menyeimbangkannya dengan pelajaran.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×