Pelakon, Catriona Ross tampil menjelaskan bahawa kerjaya sebagai seorang pempengaruh tidak semudah yang disangka ramai, malah dakwaan bahawa mereka mampu menikmati kehidupan mewah tanpa perlu bekerja keras adalah tidak tepat.

Artikel Berkaitan: ‘Mentaliti Masyarakat Kita Dah Tenat, Seolah Menghalalkan Perbuatan Membunuh’ – Catriona Ross

Artikel Berkaitan: ‘Banyak Complain Tentang Open House, Makan Saja Yang Dihidangkan’ – Catriona Ross

Usaha diperlukan untuk sebuah content

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna mempersoalkan anggaran pendapatan sebenar pempengaruh media sosial di Malaysia, susulan gaya hidup mewah yang sering dipaparkan di platform tersebut.

Ada sesiapa boleh beritahu berapa sebenarnya gaji atau pendapatan TikToker, influencer dan content creator di Malaysia?

Sebab tengok kehidupan mereka, ramai nampak hidup mewah walaupun macam tak bekerja terlalu keras.

Ada yang tahu?

Hantaran tersebut menarik perhatian Catriona atau nama penuhnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 46, yang menjelaskan bahawa pelbagai proses intensif perlu dilalui dan mengambil tempoh masa yang panjang.

Awak tak nampak apa yang kami/ KOL tidak tunjuk.

Meeting bersama klien yang kadang-kadang mengambil masa berjam-jam, proses shoot video yang panjang, kerja edit video mengambil masa berhari-hari, serta segala usaha kami letakkan untuk sesebuah content.

Tak tunjuk keseluruhan proses

Dalam pada itu, aktres drama ‘Cindai’ menjelaskan bahawa proses penyuntingan bukanlah kerja yang boleh disiapkan dalam tempoh singkat.

Sebaliknya, ia memerlukan penelitian dan usaha yang konsisten bagi memastikan hasil akhir memenuhi kehendak klien.

Bila video siap, dan beri pada klien, mereka minta kami revise kemudian edit semula.

Semua itu ambil masa yang lama.

Edit video bukan hanya 2 jam atau 3 jam.

Awak tak nampak proses keseluruhan.

Banyak usaha yang diperlukan.

Sumber: Threads