Pelakon Catriona Ross meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir pihak produksi yang didakwa tidak beradab ketika berurusan dengannya.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Restoran Itu Tak Sedap Pada Kita, Tak Perlu Tulis Secara Terang-Terangan’ – Catriona Ross

Artikel Berkaitan: ‘Tanpa Sedar Anak Istimewa Jadi Guru Terbaik Dalam Dalam Hidup Saya’ – Catriona Ross

Teguran buat pihak produksi

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Catriona, 46, menegaskan bahawa pihak produksi sepatutnya memaklumkan kepada pelakon sekiranya sesuatu tawaran kerja dibatalkan.

Menurut pelakon berusia 26 tahun itu, pihak produksi perlu mempunyai budi bahasa untuk memberikan maklum balas sekiranya berlaku perubahan perancangan.

Pihak produksi perlu memperbaiki adab ketika berurusan. Terima kasih sebab tawar saya kerja bagi sesebuah projek.

Tetapi kalau tak jadi, sekurang-kurangnya maklumkanlah.

Tambah Catriona, sikap bertimbang rasa dan komunikasi yang baik amat penting bagi membolehkan seseorang pelakon menyusun jadual kerja serta urusan peribadi dengan lebih teratur.

Ini perkara asas. Kalau beritahu lebih awal, tiada siapa pun akan marah.

Sekurang-kurangnya saya boleh merancang jadual seterusnya dan menguruskan urusan lain.

Sumber: Threads