Foto: Suspek ditahan polis
Seorang guru tutor di Korea Selatan telah dibunuh dengan kejam oleh seorang wanita berusia 23 tahun. Lebih mengerikan apabila tubuh badannya telah dikerat kepada beberapa bahagian sebelum disumbat ke dalam bagasi.
Bunuh, kerat mayat cikgu
Foto: Suspek, Jung Yoo-jung
Pembunuhan tersebut dipercayai sudah dirancang awal oleh suspek, Jung Yoo-jung. Pelbagai usaha yang dilakukan suspek semata-mata untuk menjayakan rancangan kejamnya itu. Menurut sumber, beberapa bulan sebelum kejadian, suspek telah membaca dan meminjam beberapa bahan bacaan berkaitan jenayah di perpustakaan.
Bukan itu sahaja, Jung Yoo-jung telah mengkaji bagaimana cara untuk melupuskan mayat. Untuk mendekatkan diri dengan mangsa, suspek menyamar menjadi ibu pelajar yang kononnya memerlukan khidmat tutor. Dua hari kemudian, suspek yang memakai uniform sekolah (kononnya dirinya adalah pelajar) datang ke rumah mangsa.
Siapa sangka, ketika itu, dia telah menamatkan riwayat mangsa dan lebih mengejutkan apabila suspek bertindak kejam dengan mengerat badan mangsa kepada beberapa bahagian sebelum menyumbatnya ke dalam bagasi. Untuk mengelakkan kecurigaan orang ramai disebabkan pakaiannya dipenuhi dengan tompokan darah, suspek bertindak memakai pakaian milik mangsa.
Rakaman CCTV bongkar segalanya
Foto: Suspek tarik bagasi berisi mayat
Menerusi rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV), menunjukkan suspek menarik bagasi keluar dari rumah mangsa dan kemudiannya menaiki teksi menuju ke Sungai Nakdong untuk membuang mayat tersebut. Tetapi segala-galanya terbongkar selepas pemandu teksi mengesyaki sesuatu selepas melihat ada cecair seperti darah mengalir keluar daripada bagasi.
Suspek yang ditahan akhirnya mengaku melakukan pembunuhan itu. Ada sumber mengatakan bahawa suspek bertindak sedemikian kerana cemburu dengan pencapaian dan kerjaya yang dimiliki mangsa sedangkan dirinya telah menganggur selama lima tahun.
Suspek yang telah ditahan akhirnya mengaku bertindak sedemikian kerana terdorong daripada sifat ingin tahu bagaimana jenayah penganiayaan itu dijalankan. Hasil pemeriksaan psikiatri mendapati bacaan indeks diagnosis psikopat suspek agak tinggi.
Sumber: Allkpop