berita

CCTV Rakam Aksi Kucing ‘Berpesta’ Dalam Rumah Masa Tuan Balik Kampung Beraya

May 11th, 2022 | by khairil
Video Popular

Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini pasti meriah selepas dua tahun tidak dapat merentas negeri pulang beraya di kampung halaman. Namun bagi yang memelihara kucing pasti mempunyai pilihan tersendiri sama ada membawa pulang ke kampung halaman, hantar ke hotel haiwan atau tinggal sahaja di rumah.

Artikel Berkaitan: Karl Shafek Risau ‘Bobby’ Sakit, Doktor Sahkan Ada Masalah Jantung

Sakan ‘berpesta’ di dapur

Namun bagi seorang wanita yang memiliki beberapa ekor kucing ini, dia memilih untuk meninggalkan kucing peliharaannya di rumah. Bagaimanapun dia masih mampu melihat aksi kucingnya menerusi rakaman CCTV yang dipasang di rumah.

Menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di aplikasi TikTok wanita terbabit, dapat dilihat gelagat beberapa ekor kucing yang sedang ‘berpesta’ di rumah. Wah sakan ya!

Seminggu tinggalkan kucing, mereka seronok berpesta kat rumah.

Balik rumah habis kerusi terbalik lingkup. Rumah agak sepah sikit sebab belum habis renovate. Kain atas sofa tu cadar dan baju yang kami guna tak basuh sebab takut nanti diorang rindu mami dan didib dia.

Video yang berdurasi 36 saat itu memaparkan kucing miliknya bermain di atas sofa, peti sejuk dan beberapa tempat lain. Mungkin sedar aksi mereka dirakam, kucing tersebut turut beberapa kali melihat CCTV yang dipasang.

Video penuh

@charliethedalmatiancat Balik rumah habis kerusi terbalik lingkup. rumah agak sepah sikit sebab belum habis renovate. kain atas sofa tu cadar n baju yg kami guna xbasuh sbb takut nanti diorang rindu mami n didib dia?#fyp #raya2022 #rayaterkejut #kucing #cat #catlover ? Raya Raya Raya – DOLLA

Muka kucing tu kelakar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan reaksi pada rakaman tersebut. Ada juga yang berpendapat wajah salah seekor kucing itu agak lucu.

Sumber: charliethedalmatiancat

SKIP THIS AD ×