berita

Cedera Di Kepala Dan Muka, Nad Zainal Masuk Hospital

February 27th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Nad Zainal

Baru-baru ini, kami mendapat berita tentang seorang pelakon comel yang kian meningkat naik terlantar dihospital akibat kecederaan serius.

Terkejut kami apabila mengetahui pelakon tersebut adalah Nad Zainal, dan khabarnya, Nad sedang terlantar di hospital akibat kecederaan dikepala dan muka.

Melalui foto-foto diterima, terbit rasa kasihan apabila melihat kecederaan diwajah comel itu kelihatan seperti tidak bermaya.

Nad Zainal

Namun, peminat-peminat Nad Zainal tak perlu risau, keadaan Nad baik-baik saja dan sebenarnya gambar tersebut diambil dari laman instagram milik Nad Zainal sendiri.

Ia merupakan salah satu babak lakonan Nad dalam sebuah cerekarama yang berjudul ‘Penantian’ dan bakal ditayangkan di TV3 tak lama lagi yang turut dibintangi oleh Dazrin Kamarudin dan Aida Aris.

Nad Zainal

Nampaknya, rezeki pelakon comel ini semakin murah sejak kebelakangan ini. Maklum sajalah filem terbaru yang dibintangi oleh gadis ini turut meletup-letup di panggung.

Apa-apa pun jom kita lihat gambar Nad zainal yang ‘cedera’ ini.