Sekitar seminggu yang lalu, kita dikejutkan dengan perkongsian cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Cef Wan, 65, yang mendedahkan dirinya kini menghidap kander limfoma.
Artikel Berkaitan: Chef Wan Dedah Hidap Kanser Limfoma
Syukur belum sampai ke otak
Terbaharu, Cef Wan mendedahkan dia berasa sangat bersyukur kerana sel kansernya itu tidak menyerang bahagian otak.
Menurut laporan Harian Metro, perkhabaran baik itu diterimanya selepas menjalani rawatan kimoterapi pada Rabu.
Saya menjalani rawatan kemo pada tulang belakang sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya sel kanser limfoma saya cuba menyerang otak. Proses itu sangat cepat, cuma 15 minit.
Selepas prosedur itu, saya terus tertidur selama empat jam. Pada jam pertama, saya boleh rasa kesakitan dan kurang selesa. Saya rasa sedikit pening-pening juga.
Doktor kemudian memaklumkan keputusan ujian baik dan sel kanser belum sampai ke otak lagi. Saya sangat bersyukur mendapat berita itu.
Dalam pada itu, demi memastikan organ dalamannya sentiasa terjaga, Cef Wan mendedahkan dia sangat berwaspada dengan cara mengambil ubat-ubatan ketika menjalani proses kemo.
Sepanjang hari saya mengambil segala jenis pil untuk melindungi kemo itu daripada memberi kesan sampingan dan menjaga organ dalaman saya.
Terdahulu, Cef Wan berkongsi dirinya didiagnos menghidap kanser berkenaan selepas menjalani ujian electrocardiogram (ECG) di sebuah hospital.
Perkongsian yang dibuat Cef Wan mengenai kesihatannya itu mendapat pelbagai respon dari wargamaya.
Rata-rata mereka mendoakan agar cef selebriti terkenal itu cepat sembuh dan kuat menghadapi ujian ini.
Posting Cef Wan
View this post on Instagram