berita

‘Celah Mana Hukuman Sebat Mengaibkan Pesalah Tu?’ – Peguam Syariah

September 5th, 2018 | by faris
Kini Trending

Isnin lalu pasangan lesbian dari Terengganu dihukum sebat atas kesalahan percubaan melakukan hubungan songsang. Hukuman berkenaan dijalankan di hadapan lebih 100 orang ramai di dalam Dewan Bicara 2, di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.

Netizen menunjukkan reaksi pelbagai berkenaan hukuman itu. Ramai yang membantah atas alasan mengaibkan pasangan berkenaan, malahan ada juga yang menyokong dan berpendapat hukuman itu wajar dibuat. Seorang peguam syariah melontarkan pendapat mengenai hal itu.

Lesbian juga kau nak hukum

Peguam berkenaan, Mufarwa Farid berkata, hukuman sebat ke atas pasangan itu dilakukan kerana kedua-dua wanita itu adalah Muslim dan kesalahan itu adalah jenayah dalam hukum syariah. Malahan, proses perundangan dilakukan secara betul dan adil.

Heboh betul dengan: “Punyalah banyak jenayah kat luar tu, lesbian juga kau nak hukum.”

Padahal bila perogol kena hukum, takda pula nak kecoh-kecoh persoal kenapa perogol je kena hukum, dan pembunuh, pencuri, perasuah, perompak dan pengedar dadah tak kena hukum sekali.

Dua orang lesbian tu kena hukum kat mahkamah syariah. Dua-dua perempuan tu pun Muslim. Hubungan songsang tu merupakan satu jenayah dalam hukum syariah.

Dan kedua-dua perempuan tu pun melalui proses perundangan syariah yang betul. Maka celah mana lah yang hukuman tu tak adil dan tak betul?

Kedua-dua pesalah menutup muka

Ujarnya lagi, tidak patut ditimbulkan isu pasangan berkenaan diaibkan kerana kedua-dua mereka menutup muka dan tiada siapa pun dibenarkan untuk merakam atau mengambil gambar ketika hukuman dilakukan.

Tambahan lagi, kalau korang tengok proses rotan tu, kedua-dua pesalah tu menutup muka dia dan takda siapa dibenarkan untok merakam dan mengambil gambar ketika hukuman dijalankan.

Sampai la ni, orang awam tak tahu siapa dan macam mana rupa kedua-dua perempuan ni. Jadi, celah mana hukuman tu mengaibkan pesalah-pesalah tu?

Cukup-cukuplah kritik benda yang kita prejudis. Sebab kalau hati tu prejudis, otak kita takkan terima hujah lain. Jadi, kita akan rasa hukuman ke atas lesbian tu langsung tak adil. Bila dah tutup fikiran kita awal-awal, apalah beza kau dengan ‘ulama PAS’ yang kau kata minda tertutup tu?

Untukmu agamaku, bagiku agamaku

Kalau kau rasa hukuman syariah ni selektif, hanya handle kes-kes remeh macam lesbian dan gay ni, bawa-bawa lah datang ke mahkamah syariah berdekatan dengan kau.

Duduk situ seharian, dan kau akan tengok berapa banyaknya sebenarnya kes-kes berat yang mahkamah syariah handle.

“Untukmu agamamu, dan bagiku agamaku.” – Surah Al-Kafirun (109)- ayat 6.

Agama kau, kau sibuklah pasal agama kau. Agama aku, aku sibuklah pasal agama aku. Takda agama? Patutlah suka menyibuk.

Sumber: Mufarwa Farid

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×