berita

Celcom & Digi Kini Bergabung, Tiada Kakitangan Diberhentikan

April 8th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Axiata Group Berhad dan Telenor ASA mengumumkan bahawa mereka akan bergabung dan memberikan impak yang besar terhadap pasaran Asia Tenggara dan Asia Selatan. Menerusi gabungan di antara Celcom dan Digi ini, kesemua kakitangan syarikat tersebut tidak akan diberhentikan.

Ditawarkan latihan semula

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Harian Metro, kesemua kakitangan yang memegang jawatan atau tugas yang sama dari kedua-dua syarikat akan ditawarkan latihan semula bagi meningkatkan kemahiran masing-masing. Selepas penggabungan ini, kedua-dua jenama tersebut akan beroperasi secara berasingan bagi menawarkan perkhidmatan kepada segmen pelanggan berbeza. Malah, kedua-duanya akan bekerjasama memuktamadkan perjanjian cadangan transaksi berkenaan dalam tempoh suku kedua tahun ini.

Di samping itu, gabungan syarikat ini bakal dikenali sebagai MergeCo akan dinamakan sebagai Celcom Digi Berhad. Malah ia akan terus disenaraikan di Bursa Malaysia dan menjadi antara syarikat teknologi terbesar di Malaysia.

Melindungi kebajikan pekerja

Sekadar gambar hiasan

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata, Datuk Izzaddin Idris, kesemua kakitangan adalah aset utama syarikat dan pihaknya menegaskan komitmen untuk melindungi kebajikan pekerja tanpa pemberhentian paksa.

Ujat Izzadian lagi, MergeCo akan memberi peluang kepada kakitangan mereka untuk terus mengembangkan pelbagai fungsi, membangun kecekapan baharu dan menjadi sebahagian daripada pertumbuhan syarikat di masa hadapan dalam perjalanan meneroka teknologi baru dan inovasi.

Pelanggan sebaliknya, akan mendapat keuntungan yang besar daripada penggabungan ini di mana syarikat akan mempunyai keupayaan untuk melabur lebih banyak untuk memberikan kualiti perkhidmatan lebih baik pada harga kompetitif. Pelanggan juga dapat mengekalkan pilihan pengendali mudah alih mereka kerana kedua-dua jenama Celcom dan Digi akan beroperasi seperti ketika ini walaupun selepas penggabungan kelak.

Di bawah struktur pengurusan kanan Celcom Digi Berhad, Izzaddin akan memegang jawatan sebagai pengerusi, manakala timbalan pengerusi adalah Jørgen C Arentz Rostrup yang ketika ini adalah Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Telenor Asia. Manakala, Idham Nawawi akan menjadi CEO Celcom Digi Berhad manakala timbalannya adalah Albern Murty yang ketika ini memegang jawatan sebagai CEO Digi. Kedua-dua syarikat itu bakal memiliki pegangan sama banyak pada 33.1 peratus.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×