berita

Celcom Tawar Percubaan Percuma Untuk Permainan Mudah Alih, Video Streaming & Banyak Lagi!

March 9th, 2020 | by Nurul
Kini Trending

Siapa kat sini pengguna Celcom? Haa..kami ada berita baik nak kongsikan dengan korang ni!

Celcom dengan kempen Test Kaw Kaw mereka kini menawarkan akses kepada semua pengguna Celcom untuk mencuba perkhidmatan tambahan seperti permainan mudah alih, video streaming, insurans, dan banyak lagi secara PERCUMA!

Nak tahu macam mana? Jom kami kongsikan!

Jom Test Kaw Kaw sebelum melanggan!

Apa yang korang perlu buat hanyalah, dail * 118 * 6 # untuk memilih perkhidmatan mana yang korang nak cuba secara PERCUMA!

Selepas mencuba, korang dah takdelah rasa ragu-ragu untuk melanggan mana-mana perkhidmatan yang korang suka!

Ini antara perkhidmatan tambahan yang termasuk dalam Test Kaw Kaw..

Korang kaki game? Nah, cuba Ghost Force dan menangi pelbagai hadiah menarik!

Bertarung antara satu sama lain dalam permainan mudah alih sambil menang hadiah wang tunai? Serius lah?!

Kini, korang boleh nikmati permainan mudah alih Ghost Force secara PERCUMA selama 7 hari dan peluang untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM150,000! Tak rugi cuba, guys!

Layan drama Korea dan pelbagai rancangan menarik di Viu!

Image result for hotel de luna viu

Bestnya bila boleh layan K-Drama puas-puas tanpa berhabis data internet! Haa..dengan Test Kaw Kaw, korang dapat melanggan percubaan 3 hari PERCUMA pakej langganan mingguan atau percubaan percuma 7 hari bagi pakej langganan bulanan di Viu.

Korang bukan hanya dapat nikmati pelbagai drama Korea premium, tetapi terdapat juga pelbagai rancangan dan program Asia yang korang boleh tonton bila-bila masa dan di mana sahaja secara PERCUMA. Wow!

Hiburkan keluarga dan kawan-kawan korang dengan Call Me Tones!

Nikmati 7 hari percubaan PERCUMA dan hiburkan kawan-kawan, orang tersayang dan keluarga yang menghubungi korang dengan pelbagai lagu hit terkini dari Call Me Tones!

Yang paling best, korang juga boleh setkan lagu apa yang korang nak mainkan setiap hari! Asyik dengar bunyi nada dering yang biasa je, dengan Call Me Tones takdelah bosan nak menunggu korang angkat phone tu!

Sediakan payung sebelum hujan & lindungi diri serta keluarga dengan insurans keluarga BIMA!

Sekarang ni, wabak Covid-19 ataupun Coronavirus memang sangat membimbangkan. Jom ambil langkah bijak dan lindungi diri serta yang tersayang dengan percubaan PERCUMA insurans BIMA sehingga 1 bulan!

Kalau korang nak tahu, BIMA Life melindungi korang dan yang tersayang dari kerugian kewangan sekiranya korang mati akibat sakit atau kemalangan, dengan menawarkan RM 20,000 hingga RM 100,000 jumlah perlindungan berdasarkan pelan terpilih.

Apa lagi tunggu, jom Test Kaw Kaw secara PERCUMA dengan Celcom!

Image from Celcom (Facebook)

Untuk pengetahuan korang, tawaran Test Kaw Kaw adalah terhad sehingga 3o April 2020 ini sahaja! Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan korang untuk mencuba pelbagai perkhidmatan tambahan secara PERCUMA, hari ini juga!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Celcom. 

#Celcom #CelcomTestKawKaw

 

SKIP THIS AD ×