berita

Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kembali Lagi, Jangan Lepaskan Peluang Rebut Hadiah Terkumpul RM180,000!

September 5th, 2019 | by Azizi Rahman
Shout Out!

Berita baik buat korang yang ‘kaki game’! Kini korang sekali lagi berpeluang untuk merebut gelaran juara dalam Kejohanan E-Sukan Kampus terbesar di Malaysia Semester 2#XPAXKEK.

Selepas mendapat sambutan hangat penganjuran siri pertama kejohanan, Media Prima Digital bersama Celcom Axiata Berhad hari ini mengumumkan penganjuran edisi kedua kejohanan itu yang akan bermula 21 September ini.

Dua permainan e-sukan: Mobile Legends Bang bang dan PUBG Mobile

Apa yang menariknya, karnival ini akan mempertandingkan dua judul permainan mudah alih popular di dunia iaitu Mobile Legends Bang bang dan PUBG Mobile ke dalam arena.

Setiap pasukan yang menyertai karnival ini juga berpeluang untuk mempamerkan skill masing-masing dan merebut hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM180,000.

Kalau nak tahu, pada edisi lalu kejohanan ini berjaya menarik lebih 17,000 pengunjung dan 2.2 juta tontonan video tau! Jadi jangan lepaskan peluang untuk sertai pertandingan ini dan serlahkan bakat korang ok!

Akan bermula di Zon Borneo

Sama seperti semester lalu, #XPAXKEK akan dimulakan dengan pusingan kelayakan awal bagi menentukan 16 pasukan terbaik mewakili setiap judul permainan. Pasukan yang layak akan bertanding di zon final di mana ia akan dimulakan dengan Zon Borneo bertempat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pemenang dari setiap zon kemudiannya akan bertanding di ‘grand final’ bagi merebut gelaran kejuaraan utama akhir ini bertempat di The Curve Damansara, Kuala Lumpur pada 24 dan 24 November nanti. Berita baik, kampus dengan mata terkumpul paling banyak berpeluang membawa peluang biasiswa bernilai RM50,000 tau!

Jadi, mana-mana pelajar yang berminat untuk menyertai kejohanan ini boleh mendaftar pasukan anda dan mengetahui lebih lanjut tentang #XPAXKEK di www.mygameon.my serta laman facebook rasmi MyGameOn.

Selain menampilkan beberapa elemen seperti mendidik belia menerusi siri forum e-sukan bersama pemain industri, pengunjung #XPAXKEK juga berpeluang untuk berhibur bersama artis terbaik tanah air iaitu Hael Husaini, Indah Ruhaila, Ismail Izzani, Nabila Razali dan ramai lagi.

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×