berita

Cemburu Isteri Terlalu Minat Hrithik Roshan, Suami Sanggup Tikam Isteri Sebelum Gantung Diri

November 11th, 2019 | by Shira
Kini Trending

Di Amerika Syarikat, seorang lelaki, Dineshwar Budhidat dikatakan telah bertindak kejam dengan menikam mati isterinya, Donne Dojoy sebelum dia menggantungkan diri di sebuah pokok berhampiran rumahnya. Lelaki tersebut nekad berbuat begitu gara-gara cemburukan isterinya yang meminati bintang Bollywood, Hrithik Roshan.

Cemburu dengan Hrithik Roshan

Pasangan ini baru sahaja mendirikan rumahtangga pada bulan Julai yang lalu. Menerusi laporan The Sun, Dojoy yang berusia 27 tahun itu dikatakan amat meminati lakonan dan tarian pelakon tersebut hingga membuatkan suaminya itu cemburu.

Menurut rakan sekerja mangsa, Mala Ramdhani berkata sebelum ini Donne ada menceritakan kepadanya setiap kali menonton filem atau mendengar lagu Hrithik Roshan di rumah, suaminya pasti akan menjadi cemburu dan meminta dia untuk menukar siaran yang lain.

Dia pasti akan menonton mana-mana filem yang dilakonkan oleh aktor, Hrithik Roshan. Antara filem kegemaran Donne ialah Kaho Naa Pyaar Hai.

Hantar mesej tentang kematian

Menurut sumber daripada pihak polis, Budhidat telah menghantar satu pesanan ringkas kepada adik isterinya memaklumkan bahawa dia telah membunuh mangsa dan memberitahu kunci apartment rumahnya berada di bawah pasu.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan baru sahaja berpindah keluar dari rumah yang didiaminya bersama suami dan bersetuju singgah di apartmen suaminya untuk menonton filem dan meluangkan masa bersama sebelum pergi bekerja.

Pernah kena ugut bunuh

Susulan daripada itu, Daily Mail turut melaporkan Budhidat pernah menampar dan mencekik isterinya itu pada bulan Ogos yang lalu dan dia telah ditahan oleh pihak polis atas tindakannya itu. Sejak daripada itu, Dojoy mempunyai perintah perlindungan terhadap suaminya.

Doroy sering menceritakan kepadanya bahawa Budhidat kerap mendera, memukul, mengawal tingkah lakunya serta pernah mengugut untuk membunuhnya. Tetapi, Doroy tidak pernah menganggap perkara itu adalah serius kerana dia terlalu sayangkan suaminya itu.

Menurut rakannya, Rodney mangsa merupakan seorang wanita yang sangat rajin bekerja untuk mencari wang dan menyebabkan Budhidat mula berasa cemburu terhadap isterinya itu.

Sumber: The Sun, Daily Mail