berita

Cemburu Punya Pasal, Isteri Kelar Kemaluan Ketika Suami Sedang Tidur

September 12th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Cemburu adalah perasaan semulajadi yang lahir dalam diri setiap manusia. Kadang kala, hanya kerana timbulnya perasaan ini, seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja demi melepaskan perasaan yang terpendam.

Baru-baru ini menerusi laporan Bernama, seorang isteri sanggup berlaku kejam apabila dia bertindak mengelar kemaluan serta leher suaminya hanya kerana cemburu.

Dikelar ketika sedang tidur

sekadar gambar hiasan

Jenayah itu dilakukan oleh wanita tersebut ketika suaminya sedang lena tidur di rumah sewa mereka di Meru, Ipoh kira-kira jam 12:36 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Nordin, mangsa yang merupakan warga Sri Lanka  didapati parah di bahagian kemaluan dan leher.

Siasatan awal di tempat kejadian menemukan senjata dipercayai pisau yang digunakan dalam kejadian ini. Polis juga sedang giat mengesan suspek iaitu isterinya yang juga warga Sri Lanka.

Minta bantuan orang awam

Tambah Nordin, sebaik sahaja dikelar oleh wanita itu, mangsa kemudiannya meminta bantuan orang awam untuk dibawa ke hospital.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 199

Selepas dikelar, mangsa keluar meminta bantuan orang awam. Mangsa berada dalam keadaan stabil dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Sumber: Bernama

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×