berita

Saya Tak Takut Kalau Ditegur – Maya Karin Respon Isu Cemburu

June 26th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Maya-Karin

Rasanya semua orang sudah tahu mengenai kontroversi yang berlaku antara dua jelitawan iaitu Diana Danielle dan Nora Danish kan?

Kalau korang masih ingat, Diana ada menegur tindakan Nora yang memuat naik sekeping fotonya bersama Farid sambil berpegangan tangan di laman Instagram, namun, kedua-duanya telah pun memadam foto tersebut.

Artikel Berkaitan : Upload Foto Pegang Tangan Farid Kamil, Diana Danielle Tegur Nora Danish?

Dek kerana itulah, kami pun takut juga tempias kes tersebut terkena pada pelakon popular, Maya Karin. Maklum sajalah, Maya kan heroin yang berlakon disamping Farid dalam filem Lagenda Budak Setan 3 yang bakal ditayangkan nanti.

Maya-Karin-Farid-Kamil-41

Maya dan Farid Kamil sekali lagi digandingkan bersama

Maya ketika ditemui di sidang media Lagenda Budak Setan 3 berkata dia tidak takut untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan kerana apa yang dilakukan adalah atas dasar kerja sahaja.

Saya rasa saya tak pernah melangkau batas, of course saya ada pegang-pegang hero saya jadi saya takkan tiba-tiba rasa bersalah atau segan dan saya takkan rasa takut.

Ianya semua dilakukan atas dasar kerja, depend on sejauh mana keakraban saya dengan pelakon tu, semuanya terletak atas batas dan niat, so saya tak takut kalau ditegur.

Maya-karin-20

Kami pun sempat bertanya kepada Maya, apa reaksi yang akan diberi jika perkara tersebut berulang kembali.

Tengok jela apa reaksi saya, saya rapat dengan Farid dan mengenali Diana, tetapi tidaklah rapat. Kami pun tak pernah ada projek bersama, jadi kenal sebagai rakan artis sajalah.

Tak mengapalah Maya, apa yang penting sebagai pelakon jalankan tanggungjawab dengan profesional kan? Industri kita pun bukannya besar mana, pusing-pusing muka yang sama juga. Betul tak?

Kepada peminat setia Maya, jom ikut kami intai sikit perkembangan terbaru wanita ini di Instagram. Dengar cerita baru balik dari Brazil.

SKIP THIS AD ×