berita

Cemburu Tengok Makin Bahagia, Lelaki Tetak Suami Baharu Bekas Isteri

December 27th, 2022 | by Aina Sarah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara cemburu meslihat bekas isteri semakin bahagia bersama suami baharunya, seorang lelaki dari Batam, Riau, Indonesia, bertindak berani mati dengan menetak lelaki itu.

Artikel Berkaitan: Syaitan Bertopengkan Manusia! Wanita Trauma Kena ‘Ganggu’ Dengan Bapa Saudara & Sepupu – ‘Pernah Suruh Kemam Dia Punya’

Artikel Berkaitan: Akibat Minta Untuk Dikahwini, Gadis Dipukul Berkali-Kali Oleh Teman Lelaki

Tetak sehingga mati

Sekadar gambar hiasan

Menurut polis, suspek tersebut membunuh mangsa menggunakan sebilah parang dan kejadian itu berlaku pada hari Sabtu sekitar jam 1 petang waktu tempatan.

Insiden mengerikan itu dipercayai berlaku selepas suspek mengikuti mangsa dengan membawa sebilah parang sebagai senjata di Kompleks Baloi Center, Lubuk Baja, Batam.

Tetakan itu berjaya ditepis oleh mangsa menyebabkan dia terduduk sebelum suspek menghayun parang tersebut sehingga terkena pada bahagian leher lelaki berkenaan.

Suspek belum ditangkap

Sekadar gambar hiasan

Kemudiannya, suspek tersebut dikatakan melarikan diri bersama bahan bukti yang digunakan untuk membunuh mangsa dengan menggunakan motosikal sementara bekas isterinya meminta pertolongan.

Kata pihak polis, mereka masih dalam misi memburu suspek tersebut untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan insiden yang berlaku. Tambahnya, pasangan tersebut baru saja mendirikan rumah tangga kurang daripada tempoh setahun.

Sumber: Detik Sumut

SKIP THIS AD ×