berita

CEO TV Media Prima Beri Amaran Kepada Laman-Laman Lanun, Rayu Tonton Secara Sah

November 8th, 2018 | by faris
Kini Trending

Laman web yang menyediakan kandungan video dari rancangan televisyen tempatan kian bertambah setiap hari disebabkan permintaan tinggi daripada penonton. Kandungan yang dimuatnaik secara haram ini melanggar hak cipta stesen TV yang telah mengeluarkan kos untuk produksinya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TV Media Prima, Johan Ishak meluahkan kekesalannya berhubung hal ini.

Siar tanpa minta kebenaran

Johan menerusi akaun Facebooknya menyatakan pendiriannya berhubung isu berkenaan yang dilihat semakin meruncing. Beliau turut meminta netizen untuk menghubunginya jika mempunyai sebarang permasalahan berkenaan hal itu.

MINTA SEBARKAN SURAT UMUM SAYA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Salam Penonton TV/MyTV/Astro/UnifiTV/YouTube/Internet yang saya hormati,

Saya CEO TV Media Prima. Jika ada masalah, silalah message saya di Facebook akaun saya Johan Ishak. Ni nak sampaikan message di bawah:

1. Boleh tengok content TV3, TV9, ntv7 dan 8TV (drama, news, MHI, AJL, Muzik2, Nona, 999, Majalah 3, dan banyak lagi) for free on tonton.com.my sekarang berulang2 tak payah bayar dah since 1 Sep 2018. Tak payah log in dah sekarang. Terus masuk dan tonton. Kat YouTube TV3, TV9, ntv7, 8TV, BuletinTV3, etc, pun boleh. Kalau web slow, download phone app tonton.

2. Laman lanun berkenaan tak mintak permission. So ianya cetak rompaklah sebab bila drama keluar laman diorang, Media Prima tak dapat wang iklan. Kalau korang tonton kat tonton.com.my ataupun YouTube TV3, etc, Media Prima dapat wang iklan. Nampak tak macamana hal ni jadi cetak rompak? Kami di Media Prima sedia berbincang dengan laman2 lanun tersebut jika mahu halalkan acara dan dengan perkongsian wang iklan yang setimpal.

Hilang rezeki yang sepatutnya disalurkan kepada kami

3. Di luar negara, contohnya Singapura atau Australia, minta maaf memang content Media Prima haknya mengikut negara. Maka, kenalah suruh TV atau telco kat negara korang beli content dari Media Prima ye.

4. Iklan adalah satu-satunya sumber pendapatan untuk TV Media Prima. Kami bukan macam sesetengah platform dimana anda kena bayar bulanan. Kami free. Kalau tak de duit iklan, macamana saya nak bayar gaji staff, engineering transmission, bayar production house buat drama, bayar artist/host/newscaster/AllyIskandarMiraFilzahFizaSabjahan/Berbagailah, bayar buat Anugerah Juara Lagu, bayar, bayar macam macam lagi? Cubalah bertimbang rasa. Kalau tuan/puan kerja sebulan then majikan tak bayar gaji bulan tu, suka ke? Kami memerlukan duit iklan untuk membayar gaji dan kos kos berkenaan. Kalau kami tak boleh bayar, macamana nak sambung buat drama baru lagi?

So, berbalik kepada laman piracy/lanun tadi, kalau semua masih menonton to laman lanun, hilanglah rezeki yang patut disalurkan kepada kami. Seolah2 bagai dirompak. Anda setuju ke dengan rompakan? Fikirkanlah sejenak kesahihan komen saya. Apa yang benar di sisi undang-undang dan agama.

Ingat, kalau nak tonton kandungan TV3, TV9, ntv7 dan 8TV, sila ke tonton

Salam

Johan Ishak
CEO TV Media Prima

Sumber: Johan Ishak

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.

Most Read Today