berita

‘Cepat Pulang Sayang’ – Baru Kahwin 2 Bulan, Isteri Krew Kapal Selam Hilang Harap Suami Selamat

April 23rd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Hampir dua hari, sebuah kapal selam milik Tentera Laut Indonesia (TNI) dilaporkan telah hilang ketika menjalani latihan di perairan berhampiran Bali.

Artikel berkaitan : Hilang Sejak 2 Hari Lepas, Bekalan Oksigen Kapal Selam Indonesia Hanya Mampu Bertahan Sehingga Esok Pagi

Dipercayai seramai 53 kru berada dalam kapal KRI Nanggala-402 tersebut yang berada di perairan kira-kira kedalaman 700 meter.

Setia menunggu suami pulang dengan selamat

Menerusi video yang tular di media sosial dikongsikan oleh Megdhi di akaun TikToknya, dia meluahkan rasa sedih kerana suaminya merupakan salah satu anggota TNI. Walaupun dikatakan masih pengantin baru kerana baru mendirikan rumah tangga pada bulan Februari lalu, wanita berkenaan masih setia menunggu suaminya itu.

Lebih menyedihkan lagi apabila, wanita berumur 24 tahun itu dilihat menghantar mesej di WhatsApp merayu untuk suaminya pulang dengan keadaan selamat.

Menurut laporan Detiknews, suaminya itu telah meneghubungi isteri serta keluarganya untuk memberitahu bahawa dia akan berlayar untuk latihan di perairan Bali. Malah, dia juga sempat minta mendoakan agar urusannya semasa latihan dipermudahkan.

‘Kuat ya sayang, pulang cepat isterimu menunggu dirumah’

@megdhiKuat yaa sayang, cepet pulang istrimu menunggu dirumah ?##prayforNanggala402? Tetap Untukmu – royraditt

‘Doa kami menyertai seluruh anak kapal KRI Nanggala-402’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar kesemua anggota TNI ditemui dengan keadaan yang selamat. Malah ada juga di antara mereka yang memberi kata-kata semangat kepada wanita berkenaan agar sentiasa kuat dalam menghadapi situasi yang perit itu.

Sumber : Megdhi , Detiknews

SKIP THIS AD ×