berita

Ceriakan Raya Dengan Wall’s Selection The Awesome Mix

July 3rd, 2013 | by Ai
Shout Out!

Screen Shot 2013-07-02 at 15.25.22

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum memasuki bulan Ramadhan dan seterusnya pejam celik dah tiba pula Hari Raya Aidilfitri.

Kalau nak diikutkan, ada kebanyakan antara kita yang dah menempah tiket untuk pulang ke kampung halaman namun ada juga yang tidak bernasib baik terpaksa beraya tanpa keluarga kerana tuntutan kerja.

Namun begitu, jenama aiskrim terkenal, Wall’s Selection tidak akan sama sekali membiarkan anda menyambut Ramadhan mahupun Aidilfitri di dalam kesedihan seorang diri.

Tak dapat beraya bersama yang tersayang tak bermaksud anda melupakan mereka, kan?

Kini Wall’s Selection memberi anda peluang untuk meminta maaf sempena Hari Raya yang bakal tiba sambil menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat keluarga mahupun teman rapat melalui peraduan ‘Send Your Love And Minta Maaf With The Awesome Mix’.

Screen Shot 2013-07-02 at 15.25.40

Teringin nak menyertai? Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu menghantar pesanan ‘Minta Maaf’ paling menarik kepada orang yang anda sayangi dan mereka berpeluang mendapat sebekas aiskrim terbaru ‘The Awesome Mix’ dari Wall’s Selection secara percuma.

Seiring dengan usaha untuk menghidupkan kemeriahan dalam susana Hari Raya, Wall’s Selection memperkenalkan dua perisa terbaru dalam rangkaian ‘The Awesome Mix’ iaitu ‘Wall’s Selection Oreo’ dan ‘Wall’s Selection Hershey’s’.

Screen Shot 2013-07-02 at 15.26.16

Nampak macam sedap kan? Tunggu apa lagi, cepat hantarkan pesanan kreatif anda sebelum 21 Julai 2013 untuk menikmati aiskrim terbaru Wall’s Selection secara percuma di Hari Raya nanti.

Selain dari itu, nantikan juga kemunculan trak Wall’s Selection di lokasi-lokasi berhampiran anda seperti Lembah Klang, Seremban, Melaka, Johor, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang untuk mendapatkan aiskrim percuma.

Sila layari laman web Wall’s Selection untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Raya anda pasti ‘awesome’ jika menyertai peraduan ini. Wall’s Selection menjadikan Hari Raya lebih istimewa! Selamat mencuba!

SKIP THIS AD ×