berita

‘Cerita Bangang Diabadikan, Cerita Bagus Takda Siapa Tengok’ – Sharifah Sakinah Luah Isu Drama Sampah

June 9th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Semalam pelakon tinggi lampai Aiman Hakim Ridza memberi kenyataan balas terhadap pengarah Shahrulezad Mohameddin mengenai label kebanyakan skrip drama sekarang dilabel ‘sampah’ seperti didakwa Aiman.

Artikel berkaitan: ‘Tak Perlu Panggil Orang Syaitan…’ – Label Drama ‘Sampah’, Aiman Hakim Ridza Berbalah Dengan Pengarah?

Gandingan Aiman dalam Girlfriend Aku Dari Neraka, Sharifah Sakinah tidak ketinggalan memberi kenyataan berhubung hal itu untuk menyokong apa yang diperkatakan Aiman.

Layan penulis skrip macam sampah, industri pun macam sampah

Sharifah Sakinah meluahkan pandangannya mengenai lambakan drama tidak berkualiti di kaca TV. Menurutnya, cerita yang diluluskan stesen TV semuanya sama kerana idea baru oleh penulis akan ditolak.

Tambahnya lagi, cerita yang bermutu memerlukan kajian, keaslian dan garapan berkali-kali, namun semua itu tidak ditawarkan oleh stesen. Malahan dateline yang diberikan juga terlalu pendek disamping bayaran rendah kepada penulis.

Ujar Sakinah lagi, layanan diberikan kepada penulis skrip yang seperti sampah membuatkan seluruh industri turut terkesan. Penulis yang bagus berkemungkinan mencari peluang kerja lain untuk bayaran lebih berbaloi, katanya lagi.

Cerita bangang diabadikan, cerita bagus takda sapa tengok

Pesanan pendek tapi pedas untuk pelakon

Sakinah juga turut meninggalkan satu pesanan pendek namun cukup pedas kepada penggiat seni tanah air atau pelakon khususnya. Menurutnya, sebagai pelakon, adakah mereka cukup bagus untuk menerima skrip yang berkualiti?

Sumber: Sharifah Sakinah

SKIP THIS AD ×