Pelakon Zarina Zainuddin berkongsi pengalaman sambutan raya bersama dua anak syurga, Azal dan Azil.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Nyanyian Zarina Zainuddin, Sebak Dengar Bait Lirik ‘Tiada Lagi Doa Ayah Ibu’ – ‘Sampai Hati Buat Saya Nangis’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zarina Zainuddin Muncul Dengan Lagu Pulut Kuning, Netizen Puji Lirik & Melodi – ‘Sedap Pula Lalu Dekat Telinga

‘Throwback’ pengalaman ketika beraya

Ketika dihubungi OhBulan!, Zarina mengimbas kembali memori yang tidak dapat dilupakan sewaktu merayakan Syawal bersama anak-anaknya yang ketika itu berusia 7 tahun.

Masa beraya di Kelantan dan masa tu mereka berusia 7 tahun. Cermin kereta saya pecah sebab anak hentak kepala dia. Masa tu kami sekeluarga berhenti kereta dekat Lipis sementara tunggu kereta lain sampai.

Lagi satu pengalaman masa di Perak, anak saya terjun dalam sungai yang airnya dalam. Memang saya gementar waktu tu, dia dihanyutkan air, panjang juga lah dari kampung saya ke kampung lain.

Berkongsi lanjut, Zarina mengakui membesarkan anak syurga menuntut kesabaran yang tinggi serta perancangan yang teliti bagi memastikan emosi anak-anak terjaga. Menurut Zarina, aspek pemakaian adalah perkara pertama yang perlu dititikberatkan. 

Anak-anak saya memang tak suka pakai baju melayu yang butangnya sampai ke atas. Hanya pakai dua atau tiga butang je. 

Saya pakaikan mereka dengan pakaian yang longgar dan selesa.

Selain itu, situasi ‘meltdown’ adalah lumrah yang perlu dihadapi, terutamanya apabila berada di persekitaran yang asing bagi mereka.

Meltdown tu akan berlaku bila-bila masa. Anak saya bila sampai tempat baru terutamanya Azil akan mengamuk dulu kiranya macam salam perkenalan dia dengan tempat yang baru bagi dia. 

Kalau dia tak selesa memang saya akan bawa dia balik. Tapi kalau dekat kampung, dia okay sahaja. Saya akan letak dia dalam bilik, pasang penghawa dingin. Kalau orang ramai-ramai dia tak selesa sangat. Kalau orang ramai-ramai dia tak selesa sangat.

Jaga pengambilan makanan

Bercerita mengenai penjagaan makanan pula, Zarina menghadkan Azal dan Azil daripada mengambil minuman dan makanan bergula secara berlebihan.

Lagipun dulu saya tak pantangkan mereka gluten tapi sekarang ya. Saya tak bagi mereka makan roti dan bila jaga diet, mereka semakin okay. 

Anak-anak memang saya tak ajar diorang minum atau makanan bergula dan berlemak berlebihan. Macam Azal satu hari sekali je dia minum minuman bergula kemudian dia minum air kosong.

Sementara itu, Zarina menitipkan pesan buat semua ibu bapa yang mempunyai nasib yang sama agar tidak pernah berputus asa dan terus memberikan kasih sayang yang terbaik.

Nasihat saya, apa-apa yang terjadi pun mereka anak-anak kita. Jagalah anak kita. Kena sabar, sayang diorang dan beri kasih sayang. 

InsyaAllah anak syurga kita itu lah yang akan menjaga kita, dan menarik kita ke syurga. Sempena hari raya ini, saya harap mereka dapat bergembira macam orang lain. 

Bagi mereka pakaian yang cantik, kemas dan bersih.