berita

Cetak RM4,000 Duit Palsu Nak Buat Majlis Kahwin, Akhirnya Kantoi Bila..

February 18th, 2019 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Tindakan terdesak akhirnya mengundang padah apabila seorang penjawat awam mengambil jalan mudah dengan mencetak wang palsu bernilai RM4 ribu menggunakan mesin pencetak di kuartersnya awal bulan ini.

Menerusi Berita Harian, suspek berusia 28 tahun itu membuat laporan polis kononnya wang yang dikeluarkan dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bank di Sibu adalah palsu.

Harap dapat wang tulen

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, suspek membuat laporan polis sebagai rujukan pihak bank dengan harapan dapat menukar wang palsu yang dicetaknya kepada wang tulen.

Walau bagaimanapun, selepas didesak, suspek akhirnya mengakui mencetak wang palsu itu sebelum suspek cuba memperdayakan pihak bank.

Suspek yang bertugas sebagai penjawat awam mencetak 25 keping RM 100 dan 30 keping RM 50 di kuarters tempatnya menginap di Sibu.

Suspek bertindak sedemikian kerana tidak cukup wang perkahwinannya yang dijadualkan pada bulan Mac ini.

Kes berikut disiasat mengikut Seksyen 489D Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×