Nama pelakon Iqram Dizly kembali menjadi bualan hangat netizen di media sosial. Sebelum ini, Iqram sudah kembali aktif berlakon dan kelihatan normal namun nampak gayanya tidak bertahan lama.
Kembali berpakaian wanita
@tukangmasakbujang x manis begini… #jabatannitizenmalaysia #gengpakcikketiak #xyzbca #fyp??viral #kamisempoi #tiktokmalaysia?????? #viralmalaysia?? #malaysiaviral #berandatiktok #malaysia ? original sound – (Ayie)
Menerusi rakaman video yang tular di media sosial sejak semalam, perwatakan dan kelakuan Iqram berubah menjadi aneh.
Dengan mengenakan ‘lingerie’ jarang berwarna biru, pemilik nama Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin membuat aksi ghairah dalam aplikasi TikTok.
Apa yang menjadi tumpuan utama adalah alunan selawat nyanyian Raqib yang dimainkan sebagai muzik latar. Malah, Iqram dilihat turut mengalunkan selawat tersebut dengan pakaian yang tidak sopan.
Semoga dapat hidayah Allah
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan melihat keadaan kesihatan pelakon berumur 41 tahun itu yang sudah melarat.
Di samping itu, ada segelintir yang memohon agar pihak terlibat segera membantu pelakon drama Hati Yang Dikhianati untuk mendapatkan rawatan kerana sudah keterlaluan.
Beberapa tahun lalu, Iqram pernah mencetuskan pertanyaan ramai dengan aksi pelik sehingga berdepan kecaman ramai dengan kata-kata kesat.
Sumber: TikTok @tukangmasakbujang