Pelakon Ayu Raudhah tidak mengambil hati dengan mulut-mulut netizen yang masih membandingkan fesyen dengan kakaknya iaitu Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta.
Kenal perangai kakak
Ketika ditemui OhBulan!, Ayu menyatakan dia tidak kisah kerana tahu perwatakan Che Ta yang sangat menjaga imej.
Dedah Ayu, 38, Che Ta sejak sekolah lagi sudah mengenakan sarung kaki malah tidak gemar untuk pergi ke kedai mamak.
Tak kisah pun sebab kita tahu dia macam mana. Che Ta memang seorang yang menjaga penampilannya.
Masih saya ingat, dia pergi sekolah dulu pun pakai sarung kaki. Dia lepak kedai mamak pun tidak. Sampai tahap macam itu.
Ayu ditemui ketika sesi sidang media bagi memperkenalkan koleksi baju kurung jenama BYLR x Ayu Raudhah di Pavillion, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Tak terasa dibanding
Tambah isteri kepada bekas penyerang skuad kebangsaan, Zaquan Adha, dia sebagai adik bangga dengan kejayaan Che Ta setelah nampak kegigihan yang dilakukan.
Baginya, penampilan luar biasa itu memang sesuai digayakan oleh Che Ta, nampak ‘kena’ di mata.
Bagi saya tak usahlah dibanding-bandingkan kami ini. Secara peribadi, Che Ta layak untuk memiliki apa yang dia ada sekarang pada kedudukan sekarang.
Saya sendiri pun bangga dengan dia. Tak terasa dibanding-bandingkan. Saya tahu dia berusaha kuat untuk raih kejayaan pada tahap ini. Dia luar biasa.
Kalau dia pakai sesuatu yang biasa, itu luar biasa. Kalau dia pakai busana kepuk-kepuk itu sebab dia memang sesuai. Dia sarung dan bawa busana itu dengan jiwa. Sesetengah orang tak boleh bawa pun.
Dalam pada itu, pemilik nama Raudhah Che Wan @ Abu Bakar kini aktif dengan perniagaan baju kurung hasil kerjasama dengan BYLR.
Sumber: Instagram @ayuraudhah_7