berita

Che Ta Sah Mengandung Kali Ketiga, Zain Saidin Bakal Bergelar Bapa

March 10th, 2014 | by Ai
Kini Trending

PC-Zain-Saidin-Rozita-Che-Wan-9-01-630x420

Kira-kira seminggu yang lalu, suami kepada Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta memberitahu kepada media bahawa isterinya itu berkemungkinan besar hamil namun masih belum dapat dipastikan.

Namun sebentar tadi, Che Ta telah pun mengumumkan kehamilan ketiganya itu namun yang pertama menerusi perkahwinan kedua dengan Zain melalui Instagram.

Dramatis jelita itu telah berkongsi khabar gembira berkenaan menerusi sekeping gambar alat pengesan kehamilan yang menunjukkannya positif hamil.

che ta-1

Barangkali ini adalah hadiah hari lahir terbaik buat kedua-dua pasangan ini memandangkan Zain baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran ke-30 pada 23 Februari lalu, manakala Che Ta pula menginjak ke usia 41 tahun pada 9 Mac lepas.

Apapun, tahniah diucapkan kepada Zain yang bakal bergelar bapa buat pertama kali. Semoga kesihatan Che Ta dan anak di dalam kandungannya terjaga dengan baik.

Sementara itu, jom lihat foto-foto terbaru Che Ta dan Zain bercuti ke Krabi baru-baru ini dan gambar sekitar sambutan hari lahir Che Ta di bawah.

SKIP THIS AD ×