berita

Che Ta ‘Sound’ Individu Guna Nama & Gambarnya Jual Produk Jus Kurus – ‘Syaitan Mana Menipu Ni!’

November 4th, 2022 | by Aina Sarah
Kini Trending

Pelakon tanah air, Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che Ta menyelar tindakan individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama serta gambarnya untuk menjual produk jus kurus.

Artikel Berkaitan: Anak Positif Covid, Che Ta Janji Sambut Birthday Aaisyah Dhia Rana Di Tempat Mewah Nanti

Artikel Berkaitan: Achey Kena Bebel Dengan Isteri Beli Motor Baru – ‘Motor Apa Lagi B?

Tidak pernah minum untuk kurus

Teguran itu dibuat oleh Che Ta sendiri menerusi satu posting di Instagram dengan mengatakan bahawa dia tidak pernah mengamalkan minuman jus berkenaan untuk kekal sihat apatah lagi menjadi duta kepada produk berkenaan.

Syaitan mana yang menipu sangat ni? Minta perhatian! Kami (saya) tak pernah minum jus beruk ni pun untuk kurus!”

Nasihat orang ramai jangan tertipu

Che Ta juga meminta orang ramai agar tidak tertipu dengan cara ‘marketing’ produk jus berkenaan hanya kerana nama dan gambarnya digunakan sebagai pelaris.

Jus korang tak laku, sampai terpaksa menipu, nak sentil gambar aku.

Perkongsian itu turut mendapat komen dari rakan selebriti yang menyokong tindakan Che Ta menegur produk berkenaan supaya isu itu tidak berulang lagi di masa akan datang.

Sumber: Instagram @rozitachewan1

SKIP THIS AD ×