Pelakon Chech Harith meluahkan rasa terharu apabila watak Mazli yang dibawanya berjaya menambat hati penonton sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.

Artikel Berkaitan: Chech Harith Tegur Peminat Terlalu Taksub Dengan Selebriti – ‘Kita Kena Set Limit’

Artikel Berkaitan: Pengarah Nafi Kudrat 1968: High Council Galak Budaya B*li – ‘Saya Pastikan Watak Tersebut Ada Pengajaran’

Satu figura kecil

Ketika ditemui OhBulan!, Chech mengakui tidak menyangka watak Mazli mendapat sambutan luar biasa daripada penonton.

Menurutnya, watak Mazli mungkin sering dipandang kecil, namun setelah ketiadaan karakter itu ia telah meninggalkan kesan terhadap watak-watak lain dan plot naskhah tersebut.

Terima kasih juga sebab sayang Mazli. Saya rasa terharu sebab saya ingatkan saya sahaja yang syok sendiri kan. Rupanya ramai!

Saya rasa Mazli ialah satu figura yang kecil sahaja, yang kalau di dalam dunia harian kita, kita sering terlepas pandang dan memandang remeh.

Orang-orang yang macam mereka berniat murni, yang sekadar menjalani kehidupan dengan mempercayai pada diri sendiri sajadan tuhan.

Tapi rupa-rupanya orang-orang macam ni bila tak ada, habis huru-hara sebenarnya. Hilang sinarnya.

Chech berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana filem Kudrat 1968: High Council yang diadakan di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, Chech turut menzahirkan penghargaan kepada penonton, pihak produksi dan barisan pelakon lain yang turut terlibat menjayakan watak Mazli.

Tapi siapalah Mazli kalau bukan sokongan daripada kalian.

Siapalah Mazli kalau bukan hasil daripada tulisan.


Dan siapalah Mazli kalau tak ada kawan-kawan dia di hadapan ini. Terima kasih semua.

Mengulas sekiranya Mazli masih hidup, Chech berpendapat watak itu akan tetap berpegang pada didikan ibunya dan berusaha mendamaikan konflik tanpa memihak kepada sesiapa.

Saya rasa Mazli masih akan jadi Mazli. Dia masih akan dengan nilai-nilai yang mak dia tanamkan pada dia.

Jadi dia akan pilih jalan paling manusiawi. Jalan yang paling mendamaikan.

Tapi kalau Mazli, dia tak mungkin dekat atas pagar atau memihak kepada mana-mana pihak.

Saya rasa dialah antara orang yang akan membuat gerakan untuk mendamaikan dengan apa cara sekali pun.

Untuk rekod, Chech Harith merupakan antara pelakon yang membintangi filem KUDRAT 1968: High Council arahan Zulaikha Zakaria, bersama Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Evertts Gomes dan Akmal Asyraf.