Percayalah, walau seringkas mana majlis perkahwinan yang direncana, pasti memakan masa dan persediaan yang banyak. Persediaan yang dimaksudkan bukan dari segi perancangan resepsi sahaja, tetapi persediaan diri kedua bakal mempelai.
Perlu diingat, persediaan majlis perkahwinan yang diadakan bukanlah untuk tujuan bermegah, tetapi untuk mendapat pahala meraikan tetamu disamping menghebahkan berita perkahwinan seperti yang dituntut oleh Islam. Ketahui apa yang perlu anda buat 6 bulan sebelum berkahwin melalui checklist dibawah ini!
Buat Checklist 6 Bulan Sebelum Berkahwin!
1. Daftar Kursus Kahwin
Kursus ini lebih dikenali sebagai Kursus Pra Perkahwinan yang wajib dihadiri oleh bakal pengantin. Perkara pertama yang perlu dilakukan. Contohnya anda daftar 6 bulan sebelum berkahwin. Dalam masa tersebut anda berpeluang merancang dengan teliti dan teratur.
2. Tetapkan Tarikh (Nikah Dan Sanding)
Tetapkan tarikh (nikah dan sanding). Perkara ini amat penting. Bincang dengan kedua-dua belah pihak. Pengantin pula perlu mengambil cuti kerja yang agak lama kerana terdapat kenduri untuk dua belah pihak.
3. Lengkapkan Borang Dan Dokumen Berkaitan
Segala borang-borang perlulah disediakan dan disiapkan secepat mungkin bagi melancarkan kerja menguruskan hal yang lain.
4. Tentukan Tema Majlis Perkahwinan
Tentukan tema majlis kahwin. Perkara ini jarang diberi keutamaan. Namun begitu, zaman sekarang tema perkahwinan banyak diserahkan kepada orang tua kita untuk memilih warna kegemaran mereka sebagai tema. Walau bagaimana pun, perkara ini masih memerlukan kata sepakat dari pihak pengantin dan ibu bapa pengantin. Benda ni tak wajib. Tak buat pun takpe, takde sape nak marah..
5. Medical Checkup & HIV Test
Perkara wajib dibuat. Medical check-up HIV test ini telah dikuatkuasakan kepada semua bakal pengantin oleh kerajaan Malaysia. Tanpa keputusan medical check-up HIV ini, perkahwinan tidak dapat diteruskan kerana keputusan ini wajib disertakan bersama dokumen-dokumen lain.
6. Beli Barangan Hantaran
Rancang dengan pasangan barangan yang diperlukan sebagai hantaran. Bagi mengelakkkan pembaziran, barangan hantaran yang digalakkan ialah barang kegunaan harian seperti minyak wangi, set penjagaan diri dan lain-lain. Yang ni tak wajib, tapi kalau nak bagi sebagai hadiah kepada pasangan tak salah…
7. Cari/Survey Souvenir Dan Bunga Telur
Souvenir untuk tetamu adalah sangat penting. Cari buah tangan yang sesuai dengan bajet anda. Buah tangan perlulah yang boleh mendatangkan kebaikkan kepada tetamu majlis anda tidak kira lah tua atau muda. Yang ni pun tak wajib juga, tapi tak salah kalau nak bagi hadiah kepada tetamu yang hadir.
8. Gubah Barang Hantaran
Untuk jimat, anda boleh gubah sendiri atau DIY barang hantaran anda. Gunakan barangan yang sedia ada didalam rumah anda untuk menjadikan hantaran anda cantik dan mahal. Sekiranya ibu anda peminat barangan vintage, pinjam sahaja sangkar hiasan yang digantung di luar rumah. Sangkar hiasan tersebut boleh dijadikan tempat letak cincin. Kreatif dan jimat kan?
9. Tempah Jurunikah
Tempah juru nikah. Tok Kadi atau Juru Nikah zaman sekarang tersangatlah sibuk dengan pelbagai urusan. Bukan setakat nak menikahkan orang, malah mereka sendiri ada perkara peribadi yang perlu diselesaikan. Jadi bagi mengambil langkah selamat, tempah juru nikah atau tok kadi apabila tarikh pernikahan anda telah ditetapkan. Jangan lupa untuk ingatkan juru nikah/tok kadi anda tentang tarikh pernikahan anda. Mereka juga manusia biasa yang kadang kala boleh jadi terlupa.
10. Senaraikan Nama Atau Tetapkan Bilangan Tetamu
Penting untuk keluarga pengantin menetapkan bilangan tetamu yang bakal datang kerana ini akan menentukan bajet sesebuah perkahwinan. Sekiranya lagi ramai tetamu yang dijemput, maka lagi tinggi bajet yang anda perlu keluarkan.
11. Tempah Atau Cetak Kad Jemputan
Tempah atau cetak sendiri kad jemputan anda. Perkara ini digalakkan untuk dibuat awal. Proses mereka sesebuah kad agak mengambil masa kerana perkara iniperlu mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.
12. Tempah Pelamin Idaman Anda
Pelamin tak semestinya mahal2, tak ada pelamin pun takpe. Asalkan sedap mata memandang pun takpe. kalau boleh DIY buatlah sendiri, takde sape nak marah..hehehe.
Pelamin disediakan oleh Embun Klasik Bridal Boutique
13. Tempah Jurusolek
Tempah Juru solek atau mak andam. Semakin ramai juru solek yang ada di Malaysia. Anda perlu menempah juru solek atau mak andam kegemaran anda seawal yang boleh dengan membayar deposit kepada mereka supaya nama anda dimasukkan kedalam ‘makeup booking list’ mereka.
14. Pilih Busana Pengantin
Bagi menjimatkan kos, mungkin boleh sewa atau DIY sahaja baju pengantin. Tak perlu mahal-mahal, Asalkan selesa dipakai dan sopan dipandang sudah memadai!
Pakaian oleh Embun Klasik Bridal Boutique.
15. Tempah Dewan/Kanopi, Kerusi & Meja Serta Catering
Sebelum mengambil keputusan untuk mengambil catering, anda perlu membuat ‘food test’ dengan pihak catering agar anda berpuas hati dengan masakan mereka. Bagi tempahan khemah, anda boleh mula membuat bayaran pendahuluan sebagai tanda setuju anda untuk mengambil servis mereka.
Nak catering yg terbaik, boleh tanye puan Rosmah Nic.
16. Photographer & Videographer!
Cari jurugambar dan / atau juru video yang sesuai dengan kehendak dan keinginan anda. Proses pencarian jurugambar agak lama. Anda perlu meneliti hasil dari jurugambar samada berbaloi dengan harga yang ditawarkan ataupun tidak. Sekiranya anda mahu jurugambar yang murah, anda jangan lah mengharap yang gambar anda akan secantik jurugambar professional dengan bayaran yang lebih tinggi.
17. Tempah Kompang, Silat Gayung, Marhaban, Tarian Atau Band
Tempah kompang, silat gayung, marhaban, tarian, band, dj, p.a system. Untuk memeriahkan majlis, anda digalakan untuk menempah servis-servis ini sekali gus menghiburkan hati tetamu yang datang. Sekarang makin banyak pengantin yang menggunakan atau menempah set karaoke, khas untuk tetamu yang dijemput agar bergembira di majlis mereka.
18. Tempah & Cetak Bunting Atau Signage
Tempah dan cetak banting atau signage. Perkara ini wajib dilakukan agar tetamu jemputan anda tahu kemana arah yang sepatutnya mereka pergi, kemana arah sepatutnya mereka parking. Ini memudahkan semua pihak termasuk pihak keluarga pengantin kerana tidak perlu kerap menjawab telefon sekiranya ada tetamu yang sesat mencari lokasi majlis.
Sumber: Fuyyoo Pictures