berita

Chef Ini Kongsi Peranannya Yang Sebenar Di 7-Eleven Malaysia

January 26th, 2024 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Siapa yang dah biasa ke 7CAFé, mesti tahu la tentang makanan dan minumannya. Buat orang craving setiap hari. Cuba sekali, mesti nak lagi.

Lebih-lebih lagi sekarang dah ada kemudahan komisaris baru. Makin ramai la suka datang nanti!

So, siapakah chef berpengalaman yang mengendalikan komisaris ni? Korang dah tahu siapa orangnya?

Chef Riza Ismail kongsi peranan beliau terajui kulinari di Komisaris 7-Eleven Malaysia

Korang yang sukakan makanan di 7CAFé, tahu tak siapa yang cipta hidangan tu semua? Ini la orangnya, Chef Riza Ismail yang berkelulusan dari Uitm Terengganu dalam bidang seni kulinari. Beliau merupakan pengurus dapur pusat bagi 7-Eleven Malaysia!

Chef Riza Ismail mempunyai pengalaman 19 tahun dalam perjalanan kulinari dalam dan luar negara, dari rangkaian hotel 5 bintang, Pusat Perubatan Swasta, Pusat Sains dan Perkhidmatan Makanan Negara, Pengilangan dan operasi penghantaran makanan serta Operasi dapur pusat. Bukan biasa-biasa!

Korang kena tengok apa yang dikongsikan oleh Chef Riza Ismail ni. Sebenarnya peranan chef tu betul-betul penting!

Chef dapat cipta menu makanan segar dengan bahan tempatan

Oleh sebab 7-Eleven Malaysia mempunyai reputasi baik dan peneraju pasaran dalam industri makanan mudah, Chef Riza Ismail teruja untuk kongsi idea dan cipta menu makanan segar dengan bahan tempatan.

“Pelancaran kemudahan komisaris kami yang akan datang menandakan peristiwa penting bagi 7-Eleven Malaysia, dan saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tulus kepada pengeluar dan pembekal tempatan kami atas sokongan dan dedikasi mereka yang tidak berbelah bahagi.

Dengan itu, saya berbangga menggunakan bahan-bahan produk tempatan untuk mencipta hidangan segar dan lazat untuk pelanggan kami. Ini bukan sahaja menggembirakan citarasa mereka, tetapi ia juga tentang mempamerkan hasil terbaik Malaysia.”

-Chef Riza Ismail, Pengurus Dapur Pusat 7-Eleven Malaysia-

Paling menarik, chef akan gunakan gabungan dalam proses Pembangunan Produk Baru secara kerap dengan memasukkan bahan-bahan tempatan bermusim seperti bunga kantan (nasi goreng). Syoknya!

Chef perlu pastikan semua proses adalah teratur

Menurut Chef Riza Ismail, produk komisaris berjenama di bawah 7CAFé harus segar dan berkualiti. Oleh itu, chef akan semak setiap aspek dan pantau proses dengan rapi seperti perolehan – penyediaan – memasak – menyimpan pembungkusan (Komisaris – Chilled DC – Stor).

Dengan menyediakan jentera baharu dan mengurangkan pengendalian manual, setiap tugas boleh dipantau oleh pekerja mahir dan mengikut standard SOP serta dapat memastikan kemampanannya.

Chef telah bina pasukan yang terlatih dengan baik

Bagi menghasilkan produk terbaik, kerjasama harus diterapkan. Chef dah tubuhkan pasukan yang terlatih dengan standard operasi yang tinggi. Paling best, pelbagai jenis menu ditawarkan. Yay!

Untuk info lebih lanjut tentang 7-Eleven Malaysia, korang boleh klik SINI ya.

SKIP THIS AD ×