![]()
Pernah menjadi salah seorang peserta Hero Oven musim kedua terbitan TV3, Chef selebriti, Chef Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamidam telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 5 pagi tadi di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan.
Akibat jangkitan paru-paru
![]()
Menerusi laporan Mstar, seorang sepupu Adam yang enggan dikenali memberitahu bahawa chef tersebut meninggal dunia sekitar pukul 5 pagi akibat jangkitan paru-paru.
Kami (pihak keluarga) memang mengetahui tentang keadaan kesihatan Adam yang menderita sudah lama. Sejak Februari lagi keadaan dia sudah tidak berapa okay.
Tambahnya lagi, solat jenaah akan di adakan di Masjid Telipot dan Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lemal, Pasir Mas selepas solat Zohor hari ini.
Al-Fatihah untuk Adam
https://www.instagram.com/p/BxnpLcGhYwj/
Manakala menerusi sepupu Allahyarham, Nastasha Amran menerusi laman Instagram turut mengesahkan pemergian Adam dengan mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
You will always be in our prayers
![]()
Manakala, selebriti dan pengacara popular Neelofa yang merupakan anak saudara kepada Adam juga telah memuat naik gambarnya ketika kanak-kanak bersama Adam di Instastory. Menerusi perkongsian itu, Neelofa menyatakan bahawa, Allahyarham sentiada dalam doanya.
Sumber: Mstar





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)