Tiada angin tiada ribut, rumah tangga pelakon sensasi Rozita Che Wan dikhabarkan dilanda badai. Sebuah portal melaporkan rumah tangga seorang pelakon wanita bergolak dan dia sudah melantik peguam untuk menguruskan perceraiannya.
Che Ta kemudiannya menjawab dakwaan dalam satu kenyataan kepada pihak media.
Mengaku terkejut
Menurut Che Ta, apabila ditanyakan kepadanya mengenai berita berkenaan, dia tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut. Tambahnya, klu yang dinyatakan portal itu tidak tepat dan bukan dia seorang yang mempunyai ciri-ciri dimaksudkan.
Saya terkejut apabila ditanya oleh pengurus saya berkaitan perkara itu. Informasi itu tidak benar atau salah artis.
Fakta-fakta yang mungkin diberikan tentang artis itu… bukan saya seorang sahaja yang ada anak menerusi perkahwinan dahulu.
Ke mahkamah isu tuntutan
Ujarnya lagi, dia tidak menafikan ada ke mahkamah tetapi bukan mahkamah syariah namun mahkamah tinggi bagi urusan tuntutan perniagaan dihadapinya.
Saya tidak ke mahkamah syariah tapi saya akan ke mahkamah tinggi atas urusan tuntutan berkaitan perniagaan.
Ditanya mengenai status hubungannya dengan Zain, ibu kepada 3 anak ini mengakui kebahagiaannya ada turun naiknya sendiri, sama seperti suami isteri lain di luar sana.
Hubungan rumah tangga saya tidaklah boleh kata bahagia sampai 110 peratus tapi 99 peratus tu ada laa. Biasalah rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.
Sumber: Mstar