
Bukan menolak rezeki untuk menambah cahaya mata, pelakon, Christina Suzanne mengakui sudah cukup dengan memiliki seorang sahaja anak buat masa sekarang.
Artikel Berkaitan: Netizen Mengucap Tengok Harga Bib Anak Intan Najuwa – ‘Macam Bajet Makan Lunch Sebulan’
Cukup satu anak

Christina atau nama lengkap Cristina Suzanne Stockstill, 40, berkata, kehadiran anak tunggalnya, Noah yang kini berusia tujuh tahun sudah melengkapkan kehidupannya sebagai seorang ibu dan isteri.
Cukuplah seorang sahaja anak dan saya memang mahu satu orang sahaja. Itu memang perancangan saya. Ada seorang itu pun sudah buat saya rasa bahagia.
Lagi pula, saya rasa dah tak boleh nak ada anak lagi, rasa umur ini sudah tua. Mungkin orang lain seusia saya masih boleh hamil, namun untuk saya tidak.
Begitu pun, jika Allah bagi rezeki saya menerima dengan hati terbuka. Jika tiada, bersyukur dengan hero yang seorang itu.
Christina berkata demikian ketika ditemui di sesi fotografi drama Tonton Original berjudul Toksik Cinta di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Disoal adakah keputusan untuk tidak menambah zuriat disebabkan kos membesarkan anak pada masa kini sangat tinggi, Christina mengakui perkara itu.
Betul (kos membesarkan anak) juga menjadi faktor dan perkara itu sangat mencabar pada zaman sekarang. Namun ikut kemampuan masing-masing dalam membesarkan anak.
Untuk saya, saya dan suami mahukan anak tunggal kami itu membesar dalam keadaan sederhana. Saya mahu ajar dia berdikari supaya satu hari nanti bila saya sudah tiada (meninggal dunia), dia boleh ‘survive’.
Tak percaya maid

Dalam pada itu, Christina turut mendedahkan dirinya enggan bergantung kepada khidmat pembantu rumah bagi menjaga anak atas faktor kepercayaan dan pengalaman membaca pelbagai berita berkaitan penderaan kanak-kanak.
Saya tidak percaya untuk ada pembantu dan menjaga anak saya. Jujur katakan saya ada ‘trust issue’, mungkin disebabkan baca banyak berita mengenai penderaan kanak-kanak oleh pembantu rumah.
Ada orang mungkin terpaksa ambil pembantu rumah kerana itu sahaja pilihan dia ada untuk anak mereka dijaga, mungkin suami isteri bekerja.
Selain Christina, Toksik Cinta turut dibintangi Riena Diana, Aqasha, Keith Foo dan ramai lagi. Drama tersebut bakal ditayangkan bermula 8 Disember depan.
Untuk rekod, Christina mendirikan rumah tangga dengan Faiz Zakaria pada Mac 2018. Perkahwinan mereka kini diserikan dengan seorang cahaya mata lelaki, Noah yang berusia tujuh tahun.







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
