
Menerusi laporan mStar Online hari ini, Cico yang telah lama menghilang kini dikhabarkan telah menetap di Pulau Perhentian sejak lima tahun lalu dan bekerja sebagai jurulatih penyelam skuba.
“Sekarang ini saya memang sibuk bekerja sebagai jurulatih penyelam skuba. Semakin lama tinggal di pulau, terasa lebih serasi pula.”
Cico juga turut memberitahu bahawa dia pernah menetap di Pulau Tioman sebelum ini dan turut menjalankan perniagaan lain selain dari melatih penyelam skuba.
“Malah sebelum ini saya menetap untuk beberapa tahun di Pulau Tioman, Johor. Saya bukan sekadar melatih penyelam-penyelam skuba tetapi turut menjalankan beberapa perniagaan lain seperti menjual kain, cenderahati dan makanan.”
Baguslah kalau begitu, rezeki ada dimana-mana. Tak semestinya jika sudah jadi pelakon, terpaksa bergantung kerja sebagai pelakon saja, kan?