berita

CIHB Raih Keuntungan Lebih Tinggi Berjumlah RM116.09 Juta, Peningkatan Sebanyak 156%

September 1st, 2021 | by Shahira
Kini Trending

C.I Holdings Bhd (CIHB) telah mencatat keuntungan selepas cukai sebanyak RM116.09 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021 lalu. Jumlah ini telah meningkat sebanyak 156 peratus berbanding tahun sebelum ini yang mencatat jumlah RM45.31 juta.

Keuntungan meningkat

Foto: NST

Pendapatan tersebut meningkat 22 peratus kepada RM3.14 bilion daripada RM2.57 bilion pada tahun sebelumnya. Bukan itu sahaja, pendapatan sesaham juga meningkat daripada 18.59 sen kepada 43.19 sen. Bagi suku keempat tahun ini, CIHB merekodkan keuntungan bersih RM38.88 juta dan jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 219 peratus daripada RM12.18 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu.

Pengerusi CIHB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, prestasi positif syarikat adalah disebabkan oleh margin yang lebih baik pada semua produk berikutan hasil pengurusan kos yang berkesan dan berjaya mengatasi kekurangan kontena FCL yang merupakan masalah yang dihadapi oleh dunia semasa pandemik ini.

Pengurusan berkesan isu logistik yang dihadapi semasa tempoh ini adalah penting kerana syarikat mengeksport lebih 95 peratus produk kepada pelanggan di 100 negara.

Jelas Datuk Seri Johari Abdul Ghani lagi, Lembaga Pengarah CIHB mencadangkan supaya dividen akhir peringkat tunggal 12 sen sesaham namun ianya tertakluk kepada persetujuan pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang.

Difahamkan, CIHB mengeluarkan dan membungkus semua jenis minyak yang boleh dimakan. Sementara, JAG Capital Holdings Sdn Bhd iaitu syarikat milik Datuk Seri Johari Abdul Ghani adalah pemegang saham utama CIHB dengan pegangan 32.96 peratus.

Sumber: NST

SKIP THIS AD ×